Wednesday, February 11, 2009

Jodoh... Perlukah Dicari?

“Ala ibu, saya malas nak fikir lagi tentang kahwin. Kerja pun baru setahun dua, simpanan tak cukup lagi. Jadi buat apa nak kahwin cepat-cepat. Let it comes naturally. Lagipun, lelaki zaman sekarang ssh nak cari yang ada kualiti, pekerjaan stabil, kewangan stabil, itu belum masuk perangai masing-masing. Nantilah dulu fikir pasal kahwin!” itu jawapan ataupun alasan kebanyakan wanita bila ibu bapa dah sibuk bertanya tentang kahwin. Selalunya ibu bapa akan mula resah dan bertanya apabila anak dara nya dah menjangkau 23-24 tahun. Lebih hebat sekiranya anak dara dah mencecah 25 tahun tetapi belum ada calon atau pun pengganti bg yang pernah putus cinta.


“Hurm… bukan tak mahu berkahwin, tapi saya belum masih mencapai matlamat saya lagi. Banyak lagi yang saya perlu kejar, lagipun wanita Zaman sekarang kebanyakannya mengharapkan lelaki yang berkerjaya dan berkewangan stabil. Lagipun, tak susah nak mencari wanita idaman sekarang. Bukankah wanita sekarang nisbahnya lebih ramai dari lelaki? Cuma, mahu mencari yang berkualiti dan menepati ciri-ciri wanita idaman itu yang payah. Tak mengapalah. Lagipun, apa ada pada umur? Umur hanya sekadar nombor bukan? Tahun depan ibu dan ayah tanyalah lagi ya.” begitu pula jawapan yang diberi oleh si anak teruna. Bagi anak bujang pula, mungkin ibu bapa tak terlalu risau kerana mungkin benar kata-kata si anak tadi, nisbah wanita lebih ramai daripada lelaki. Tetapi benarkah ayat-ayat itu datang dr hatinya yang ikhlas ataupun sekadar alasan bg lelaki yang pernah putus cinta atau mengelak dari timbul soal jodoh?


Jika dilihat pada situasi semasa, agak tidak menghairankan sekiranya samada lelaki atau wanita belum berkahwin walaupun telah mencapai usia 30 tahun. Malahan, terdapat beberapa org ’senior’ saya di tempat kerja masih membujang walaupun berusia antara 31-36 tahun. Alasannya kerana sudah berada di ’comfort zone’ dan tak perlu sakit kepala hendak memikirkan org lain kecuali dirinya dan ibu bapa nya sahaja. Tapi tahukah kawan-kawan, bhw pahala mendirikan masjid itu sgt besar sehinggakan nabi menuntut supaya ummatnya berkahwin? Bahkan didalam hadisnya mengatakan, bukanlah kamu dr kalangan ummatku sekiranya kamu tidak berkahwin. Ini kerana ganjaran yang yang diperolehi selepas berkahwin, bukan kepalang besarnya, malahan melebarkan zuriat dan keturunan islam adam dan hawa di muka bumi. Cumanya, apabila masing-masing mula membuat kesalahan dan tidak pandai mengatur rumahtangga, maka lebih banyak yang menempah tempat ke neraka berbanding ke syurga. Oleh itu, logiklah mengapa senior-senior disekeliling saya tidak mahu berkahwin dan mempunyai pandangan yang skeptikal tentang perkahwinan. Bukan sahaja lelaki, malahan wanita.


Saya sendiri belum pun menginjak usia 25 tahun, tapi kerap diajukan pertanyaan oleh ibu bapa saya sekiranya saya mempunyai calon atau pilihan hati dan tidak mahukah saya mengakhiri zaman dara apabila menginjak 25 tahun? Secara jujur, siapa yang tidak mahu berkahwin apatah lagi sekiranya telah mempunyai pilihan hati? Tetapi secara jujurnya juga, saya tidak berselindung dengan orang tua saya bahawa bukan kerana saya tidak bersedia, tetapi kewangan saya belum pun kukuh dan saya belum betul-betul mempunyai pilihan hati walaupun saya berkawan dengan ramai orang. Mungkin kerana kegagalan percintaan saya yang lepas, menjadikan saya begitu berhati-hati dalam membicarakan soal cinta dengan lelaki sekarang ni apatah lagi memilih sebagai calon suami. Mungkin kerana kegagalan itu berpunca dr saya sendiri atau berpunca dr kedua belah pihak, tetapi yang pastinya saya perlu belajar dahulu dr kesilapan dan perhubungan lalu supaya saya lebih matang dan waras dalam membuat pertimbangan terutama bila membicarakan soal jodoh. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, bianasalah diri.


Namun, apa yang menjadi persoalan sekarang, betulkah kita hanya membiarkan jodoh datang kepada kita secara ’natural’ ataupun kita perlu berusaha mendapatkannya? Menurut rujukan pembacaan saya di dalam beberapa buah buku dan artikel, mmg Allah telah menjanjikan dan menentukan jodoh setiap orang. Tetapi tidak bermakna kita tidak berusaha untuk mencarinya. Kadangkala Allah menemukan kita dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dgn insan yang terbaik utk kita. Dan pengalaman lah guru terbaik utk seseorang memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik. Begitu juga halnya dalam soal mencari jodoh. Sesetengah orang merasakan saat putus cinta bgaikan saat menghadapi kematian. Memang, putus cinta terlalu menyakitkan tetapi adalah lebih menyakitkan sekiranya kita tidak merelakan cinta itu pergi sedangkan ia telah pun bukan milik anda. Apa yang penting, adalah meneruskan hidup, menjadikannya sebagai titik tolak kepada perubahan sikap dan peribadi (dr negatif kepada positif) dan mencari cinta baru. Jangan terlalu mengaharapkan cinta akan datang bergolek kepada anda terutama kepada yang mempunyai rupa paras yang menawan dan kacak (good looking). Hanya kerana anda mempunyai pakej, maka anda perasan bahawa pasti ada yang tergila-gilakan anda. Ya, mungkin! Kerana anda menerima sahaja sesiapa didepan mata tanpa memberi pertimbangan dan peluang kepada diri anda untuk mengenali lelaki/wanita itu dengan lebih mendalam. Sedangkan mungkin ada yang jatuh cinta dengan anda kerana fizikal anda sahaja tanpa mengenali siapa anda. Tetapi akhirnya, anda akan menyesali sdiri perbuatan anda kerana terlalu gopoh menerima cinta baru dan merasakan diri terlalu bertuah kerana sering menjadi perhatian jantina berlawanan anda. Awas! Kerana orang begini kebanyakannya lebih sukar menemukan jodoh mereka berbanding yang berusaha tetapi tidak gopoh dan membuat pertimbangan lebih mendalam.


Tetapi, apa yang saya ingin tekankan adalah salah sekiranya kita mengatakan jodoh tidak perlu dicari. Okla, saya beri satu situasi. Anda berada di satu majlis harijadi rakan anda, dan anda berkenalan dengan ramai org. Setelah majlis tamat, dan seorang lelaki/wanita merapati atau membuat panggilan/sms kpd anda mengatakan dia mahu mengenali anda dengan lebih mendalam, bukankah itu titik permulaan mencari cinta/jodoh? Lebih elok bermula dengan menyahut salam perkenalan itu kerana kita tidak tahu samada dia benar-benar sesuai dgn kita, tetapi apabila sampai ke satu tahap atau ketika, apabila anda telah benar-benar pasti dengan perasaan anda terhadap lelaki/wanita itu, jangan pula terlalu bermain tarik tali atau jual mahal. Ini bukanlah seperti zaman dulu. Anda bermain jual mahal, orang kata saham tinggi. Tetapi di zaman ini, anda terlalu berjual mahal, orang akan mengatakan anda terlalu ’high taste’ dan akibatnya anda akan di pinggirkan. Sekiranya anda merasakan serasi dengannya, luahkan bhw anda bersedia utk ke tahap yang seterusnya. Sekiranya tidak, maka kekalkan seperti dulu dan bertegas dgnnya agar tidak memberikan harapan kepada mana-mana pihak. Seperti artikel yang lepas dalam 3 kesilapan besar selepas putus cinta, jangan mula mengada-ngada untuk memulakan perhubungan cinta dgn terburu-buru. Lebih cepat lebih bgs. Itu lebih menjerat diri sendiri. Sebaiknya, beri masa utk diri sendiri, sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih. Tetapi jangan bataskan pergaulan anda. Anda boleh berkawan dgn seramai mana yang anda mahu. Bukan kah anda bebas? Iya, BEBAS! Maka gunakan tiket itu dengan sebaik-baiknya sehingga anda bertemu cinta yang seterusnya yang mana insyaallah cinta yang bakal membawa anda ke jinjang pelamin.


Ingat! Jangan menggunakan alasan anda bercinta semula dalam masa yang singkat selepas putus cinta hanya kerana anda ingin membuktikan sesuatu kepada ex anda. Ia bukanlah sesuatu yang sihat atau baik. Malah, ia akan lebih menimbulkan konflik dlm diri anda dan akhirnya anda sdiri akan merasa tertekan dgn tindakan sdiri. Mungkin dalam masa yang sama anda sedang mempermainkan perasaan pasangan baru anda kerana memberikannya harapan padahal mungkin pasangan anda sudahpun jatuh cinta pada anda. Bagi saya, anda akan lebih dilihat sebagai seorang yang tidak bermoral kerana mementingkan perasaan sdiri dan menghancurkan perasaan orang lain. Kesudahannya, tiada pihak yang akan berasa gembira dan bahagia. Malah, ’sesuatu’ yang ingin anda buktikan kepada bekas kekasih anda pula yang akan terlontar kembali ke muka anda kerana fikiran senteng anda. Seharusnya, pengalaman menjadikan kita dewasa dan matang, dan bukannya menjadikan kita seperti ’senget’. Biarlah jodoh datang perlahan-lahan, tidak mengapa. Asalkan kita mencari dan kita tidak memaksa diri utk menerimanya. Itu yang terbaik.


Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan yang jika ada jodoh, tidak kemana. Walaupun anda mungkin telah terputus hubungan atau putus cinta dengan bekas kekasih anda selama bertahun-tahun, namun kerana takdir Allah, maka ada ikatan yang terjalin semula dan berakhir dengan perkahwinan. Bukti di hadapan mata saya, Alhamdulillah, ada yang bahagia walaupun mereka pernah memutuskan percintaan mereka di pertangahan jalan. Tetapi, bak kata orang, pengalaman mengajar dan merubah seseorang. Namun, cinta sejati tak mungkin mati. Mungkin kerana mereka ini telah berjaya membuktikan perubahan dalam diri masing-masing dan menerima pasangan mereka seadanya, maka cinta itu dpt dijalin semula dan berbahagia di alam perkahwinan. Tapi, tak kurang juga yang menyambung kembali dan berkahwin, tetapi bercerai juga. Mungkin kerana masih tidak belajar dari kesilapan dan pengalaman lalu, malah nafsu cinta itu lebih menguasai diri, maka perkahwinan yang dibina bukan kerana Allah, tapi kerana sayangkan individu itu sdiri. Nauzubillah! Kita hanya mengimpikan perkahwinan sekali seumur hidup sahaja, maka buatlah pertimbangan dengan bijak dan berlandaskan kasih sayang kerana Allah, bukan kerana nafsu. Saya juga sedang mengingatkan diri saya sdiri supaya berhati-hati dalam percaturan cinta dan jodoh apatah lagi pengalaman putus cinta saya sebelum ini terlalu menyakitkan.


Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Ia menyedarkan saya bahawa kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Percayalah, sesiapa jua berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri. Asalkan kita tidak berputus asa mencari cinta itu. Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya. . Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu, anda akan berterima kasih kepada individu yang telah membuka mata hati anda kerana percaya jodoh itu perlu dicari. Orang kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.


Pepatah Inggeris ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut. Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walaupun datang cinta lain kemudiannya. Namun, saya menyangkal pendapat ini. Perjalanan hidup saya sendiri membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagi saya, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati…


4 comments:

Anonymous said...

nice article moi.. :)

Anonymous said...

pandainye...

Anonymous said...

good stuff.

tapi mak ayah tu nak semuanya selamat. thats why depa dok tanya ada ka takdak. sebab anak dara ni susah nak jaga, jadi lebih baik diserahkan secepat mungkin pada si suami.

'diserahkan'? pemilihan bahasa tak tepat. tapi maksud saya haruslah dipahami dengan positif.

perihal wanita berkerjaya, saya sokong 2000%. zaman sekarang memerlukan lebih dari 1 punca pencarian harta. bukanlah nak dikatakan tidak mengharap si suami, tapi keadaan mengkhendaki. jadi keperluan ini adalah satu adaptasi yang ada pro n con. guidelines dari Islam jelas tentang perkara ini dan haruslah diambil perhatian.

jodoh rasanya tidaklah perlu begitu dicari. rasanya ia akan datang sendiri. tapi kalau untuk cinta datang pada kita pun, mestila ada keadaan yang perlu kita patuhi dahulu. maybe kita boleh live our life to the fullest first. or keep our life healthy and fit.

lelaki skarang ni perlukan lebih dari rupa paras ataupun bentuk body. mereka sudah jelas dan boleh menerima kenyataan bahawa terdapat benda lain lebih penting dari perkara2 berkenaan.

peace!

amoi.kiroro said...

Thanks...comment yang sgt membina. Pendapat saya, ya. jodoh tak perlulah terlalu dikejar. Insyaallah kalau ada jodoh takkan ke mana.Cumanya usaha itu diperlukan sedikit agar cinta sejati yang akan melekat pada kita, bukan cinta plastik. Dalam mencari jodoh juga, perlu ada banyak pertimbangan. Kerana itu, lebih baik mendapatkannya dengan perlahan-lahan, dengan penuh kejujuran dan kesabaran.

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space