Saturday, January 31, 2009

Studio wardatuddiniah

Gempar! Wardatuddiniah siap dah ade studio rakaman sdiri..leh rakam album ni...huwawawa...bile mau ajak akak jamming ni??? nak gak g studio tu........Nampaknyer Sharodz mahu melahirkan pelapis artis2 nasyid di Malaysia....berbakat dan berilmu... teringat lagu Sharodz:

Kami Dambakan Seri Seroja,
Menghias taman bumi kita,
mekar seluruh alam maya,
di bumi as-sharifah.......

hmmm...miss school so much.....nak skolah balik, nak jadi teenager balik...nak main playground balik.......jadi org besar ni byk masalah...huhu

Zaima Farewell...<_>

Yesterday (30/01/2009) was a last day for Ima at Bangi...finally, after 5 years in UKM including her service as RA in ukm, she finally move to her hometown again to start working as accountant in one of the engineering company in Kuantan...sedeyla...pasni sure takleh jumpe slalu...we goin to miss u Ima!



Dua anak dara sunti yang masih single ..hehehe


Anak dara ngn bini orang


4 Of us...best fren 4ever...too bad Nora and Daya cannot join!


4 Of us Again...Ukhuwah fillah will never dies!

Zid engagement

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, another my fren now bergelar tunangan orang...zealda liyana a.k.a Zid dan pasangan serasinya, Amirul...epy engagement and semoge berakhir dijinjang pelamin...huhuhu...
Sronok gak coz i met my good friends from scholar and now masing2 dh bekerja...and today also, during zid's engagement, Anis was passing her wedding invitation card to us...congratulation! akhirnya jodoh Anis dgn Anas..both are my friend. i just can pray for their happiness and may their marriage will be ever lasting knot. pictures below are some of photos yang sempat aku snap mase zid engagement td..again, congratulation!



Tumpang posing atas katil pengantin Zid! huhuhu

from left: Amoi, Zha (tunang org), Zid (dh jd tunang org), Fau (tunang org), Huda (Bini org)


Gile gelak sakan...hehehe


Me with swiitt Zid

More pictures can be seen in my Facebook - Rahimah Rahim

Thursday, January 29, 2009

Fara Kahwin @ Tanjung Kling

Recently, 24/01/09, i had chance to attend one of my good friend in Sharodz dl, merangkap, team jamming nasyid as well. so suprising because she looks slimmed! biasala, org nak kawin kan...now i guess no wonder ppl thought that i wanna get married only because i went to Gym almost everyday. But it's actually not true ok! and this is disclaimer from me...below is some of the pictures that i snapped last week.

Alamak photographer ni...snap gambar gegar la plak

Pengantin perempuan bdebar tunggu putera nya lepas tol!hu3

Si putera tersenyum sabar nak jumpe permaisuri hati

Farah and Aus, Raja Sehari

Last snap before nak balik KL

Wardatuddiniah!!!


I miss u all so much! Ni curik kat frenster Che Pah..sure die yang wat ni...hehehe...Nak Jamming nasyid lagi...nak masuk anti dadah peringkat kebangsaan lagi (ehek2, dh tak layak lagi coz dh tak skolah lagi..uhuk3). Nak wat gathering all batches of wardatuddiniah x? Che Pah jd organiser..hehehe..akak nak jadi solo je..Gile Kuasa! hahaha........


Tekanan Ke atas Produk Israel/Amerika. Bersungguhkah kita?

Selepas 9 hari gencatan senjata between Israel dan Amerika, not so much things have been reported in newspaper, electronic media, etc. eventhough the news are still appeared, tp maybe tak se agresif before. Alhamdulillah, rahmat Allah keatas rakyat Palestine to give them sometimes and opportunity tu get prepared and work out on any ways to increase safety and security level in their places. Latest one, we can see in the newspaper, rakyat palestine skarang tgh sibuk mengorek dan membina lorong bwh tanah or tunnel. bayangkan their expertise, tunnel yang sepatutnyer dlm jangkaan normal will get ready in 3months time, boleh hampir siap hanya dalam masa 9 hari! Masyaallah! semoga Allah membantu usaha mereka terutama dalam melindungi org awam, wanita dan kanak2.

However, after watching Buletin Utama just now, aku realize yang actually all palestine citizens, regardless, tua ke, muda ke, wanita atau kanak2, mereka sebenarnya dah sentiasa bersedia memgang senjata dan berjihad mempertahankan tanahair dan agama mereka yang juga agama kita, ISLAM! Subhanallah! Maha Suci Allah...

Melalui sorotan "Srikandi bersedia mati Syahid" or sumthing like that ( i don't really remember the subject), the women actually are ready to hold weapon dan menuju kehadapan bersama2 mujahidin lain dan muslimin utk berperang dan mati syahid, hinggakan kesemua wanita disitu, bila ditemubual, melahirkan rs tidak ragu2 untuk mengorbankan kesemua anak2 lelaki yang telah mereka lahirkan demi mempertahankan Palestine dan gugur sebagai syahid dan berbahagia di Syurga. Malah mereka berasa bangga sekiranya anak mereka mati diusia muda kerana itulah pengorbanan terbesar disisi Allah. Malah, to the extend that para muslimat juga sudah bersedia utk gugur sekiranya anak2 mereka sudah mereka serahkan utk mati syahid. Disekolah2 lagi, seawal umur 5,6 tahun, sudah sentiasa mendengar perkataan 'syuhada' atau maksudnya berperang bersama2 muslimat dan mati syahid. tidak hairanlah mereka tidak pernah gentar dgn semua bom2 dan kereta kebal Israel laknatullah itu walaupun hanya dapat membalas dgn hanya sebiji batu yang dikutip dijalanan.

Melihat temuramah wartawan dgn para muslimah Palestin ini, menyebabkan tanpa disedari aku pun turut menangis mendengar kalimah2 berani dan jujur mereka. Sekiranya aku ditempat mereka, aku juga akan berasa bangga sekiranya anak2 lelaki aku mati sebagai syahid. eventhough perjalanan aku masih jauh lagi, masih belum berkahwin dan mempunyai lelaki yang benar2 mencintai aku, aku akan berdoa dr sekarang agar generasi2 yang aku lahirkan hidup, membesar dan berbakti sebagai para syuhada'. Sekiranya tiada kesempatan utk itu, aku hanya berharap agar generasi aku bakal menjadi generasi yang masih berpegang teguh pada agama sebab semakin hari, aku semakin takut melihat keruntuhan akhlak yang berlaku. segala2nya bermula dr didikan ibubapa dan pergaulan anak2.

Menyorot dr tempoh gencatan senjata 9 hari lalu, aku mula melihat juga perubahan rakyat Malaysia selepas itu.Hmmm.....Mc'D dah kembali penuh dgn manusia, starbuck kembali penuh dgn anak2 melayu dan islam kita, dan rakyat Malaysia mula menggilai semula produk2/jenama dr Amerika. I can't deny that the products from this Uncle Sam have a very high quality, alah membeli menang memakai. But bear in Mind, there are so many branded products with the same quality like from America that we can use and choose as an alternative. Example, branded products from Japan, Italy, UK, etc...it's just ourselves...tepuk dada tanya iman...bersungguhkah anda dgn pemboikotan yang begitu semangat dilaung2kan sejak sebulan lepas? atau sekadar hangat2 taik ayam? perang berhenti, gencatan terhadap products ni pon kene berhenti...selama mana perang akan berhenti? bukankah kita masih disajikan di akhbar2 bhw Israel masih menjalankan serangan disempadan Gaza terutama di kem pelarian Gaza? bukankah setiap hari masih ada nyawa yang melayang walaupun mungkin jumlahnya kecil jika dibandingkan semasa peperangan?

Benar, setiap yang hidup pasti akan mati. tetapi amalan ape, sumbangan apa, bekalan apa yang akan kita bw untuk menghadap A'zzawajalla di kemudian hari berbanding Palestinian yang gugur syahid kubra? Kita masih punya akal yang waras, akal yang boleh membanding yang baik dan buruk. Tapi, mmgla benar, yang buruk itu lebih suka dan senang diikuti berbanding sesuatu yang baik. Kerana kononnya, kalau buat baik, orang mengata kita alim. kalau org menggelar kita alim, mengata kah itu? umpatan kah itu? mungkin terasa seperti sindiran, tetapi terimalah dgn hati terbuka kerana sekurang2nya orang melihat kita membuat kebaikan, bukan keburukan...or worse come to worse, accept it a s a compliment. ssh ke menukar sesuatu yang negative kepada positive? YUP! sekiranya akal dan pemikiran kita hanya mengatakan perkara2 yang negative shj.

Come on guys! sepatutnya kita masih boleh meneruskan apa yang telah kita laungkan sebulan yang lalu. teruskan 'gencatan' kita dan hanya Allah shj yang dpt menilai perjuangan ekonomi ini walaupun terlalu kecil.

Tuesday, January 27, 2009

+MaTa.HaRiKu+

Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.


Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.


Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
karĂ¢€™na panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,
tentang ku,
yang tak mampu,
menaklukkan waktu.

Oh [#]

[Interlude]

Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
karena panah cinta menusuk jantung ku.

Monday, January 26, 2009

Bagaimana untuk cemerlang dan berjaya?

Kita perlu cabar diri untuk berjaya!

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003.



Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.


Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.


Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut.


Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi- Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.


2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain- Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?


3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati- Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, "Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni ". Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif- Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:Kenapalah aku gagal?Mengapa nasib aku sentiasa malang?Kenapalah orang semua tak suka aku?Apalah nak jadi dengan aku ni?Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.Apa yang belum aku lakukan lagi?Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?Siapa yang boleh bantu aku?Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.


5. Tingkatkan 'Standard' Anda- Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan 'standard' kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak 'standard'lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak 'standard' lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak 'standard' lah selama-lamanya dapat markah 'C', 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat 'A' pula. Tidak 'standard' lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak 'standard' lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut 'standard' baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung 'standard' tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Fenomena Langit - January 2009

Guys...i would like to share something interesting about Gerhana Matahari. I believe sekarang ni everybody talking about this phenomena yang mmg sgt jarang berlaku di dunia. I got this article from one of my friend yang merupakan peminat Falak. to get more details, u may want to visit this website for further info:
http://www.falak-online.net/


Below is the article for info sharing. Happy reading!
Fenomena Langit - Januari

Kalendar Samawi = Bulan Januari 2009 akan menyajikan kepada kita beberapa fenomena yang menarik untuk dicerap serta dijadikan sebagai target fotografi.

Pada sekitar awal bulan Januari ini, jika anda telah selesai solat Subuh dan bersiap-siap untuk ke destinasi, cuba tinjau dan jenguk langit pada jam 6 pagi. Pandang tepat tegak di atas kepala. Di situ, akan kelihatan sebuah 'bintang' yang agak cerah. Objek tersebut bukanlah bintang, tetapi ia sebenarnya planet Zuhal.Dan jika anda mempunyai teleskop, cuba lihat ke arah planet tersebut. Pasti anda akan terkejut melihat gelangnya kelihatan amat nipis, seolah-olah seperti satu garisan sahaja. Ini disebabkan satah orbit Bumi sedang melintasi satah sistem gelang planet Zuhal, lalu menyebabkan kita melihatnya dari arah 'tepi'. Ini merupakan bukti fizikal yang jelas yang menunjukkan betapa nipisnya gelang tersebut sebenar-benarnya.Pada 15 dan 16 hb, Bulan akan berada agak hampir dengan Zuhal.

Jadi gunakanlah juga peluang itu untuk menjejaki planet ke-6 itu.Di ufuk timur sepanjang bulan Januari agak kosong dari sebarang planet. Namun perhatikan kehadiran kembali buruj Scorpio yang telah mula terbit kembali menerjah langit di sebelah Timur.Sementara itu, jika anda tinjau langit selepas Maghrib, sekitar jam 8 malam, planet Zuhrah (atau Kejora) terus menerus mendominasi keadaan langit pada waktu ini. Kecerahannya yang menjangkau magnitud -4.5, memboleh ia menghasilkan bayang-bayang jika dicerap dari kawasan yang gelap gelita. Terus perhatikan Zuhrah menerusi teleskop dan anda akan dapat lihat perubahan fasanya seperti fasa bulan.Zuhrah akan mengekalkan altitud yang lebih kurang sama sepanjang bulan Januari ini.Musytari sudah mula menghilang dari pandangan di ufuk barat, dan agak mustahil untuk dicerap dengan selesa sepanjang bulan ini.Utarid turut menjenguk di ufuk Barat selepas Maghrib, dan berada berhampiran Musytari.

Tetapi ia agak rendah untuk dilihat dengan mudah. Anda kena cuba jejakinya dari kawasan pantai yang mana ufuknya luas dan tidak terganggu.Apa cerita Marikh? Ia berada amat jauh dari Bumi untuk bersinar terang seperti setahun yang lalu. Kedudukannya yang agak hampir dengan matahari turut menyukarkan proses pencerapan. Bulan ini tidak sesuai untuk jejaki Marikh.Bulan akan sekali lagi berada di kedudukan perigee pada 10 Jan. Jika anda terlepas peluang untuk mengambil foto Bulan ketika ia perigee pada bulan lepas, pastikan anda gunakan peluang yang ada kali ini.Pada 26 Jan pula akan berlaku Gerhana Matahari Annular yang akan berlaku merentasi selatan Sumatera. Kita di Malaysia hanya akan dapat lihat Gerhana Matahari Separa sahaja. Namun ia cukup menarik dan merupakan previu kepada mereka yang akan ke China pada bulan Julai nanti.

Di Malaysia, perkiraan dari Kuala Lumpur akan menyaksikan Matahari akan tertutup sebanyak 72% pada jam 5.50 petang. Keseleruhan fasa gerhana bermula dari jam 4.31 hingga 6.58 petang.Jelas, pembukaan tahun 2009 ini penuh dengan fenomena-fenomena menarik untuk dicerap. Oleh itu teruskan mengunjungi Falak Online, manalah tahu ada ahli-ahli yang akan menganjurkan aktiviti cerapan bersama kelak.




Oki Dokie

Bismillahirrahmanirrahim...

I guess i have tried my best to change the layout to look more creative, fresh and young.huhu...well, just for your info, i am currently in a midst to collect and find materials for my writing in future...sounds more to to big things that happens around us, e.g. economy,social, education, general knowledge, etc. Just to make it more interesting and more intellectual. I am really hoping your support to continues reading my blog and giving comments or criticization. regardless positive or negative, i'l take it to improve my writing skills and knowledge. pls feel free to share your knowledge, experience and criticize as i really need it to be a better person.
Happy reading all! mUaaxx!

Sunday, January 25, 2009

Upgrading my Blog

Sori kengkawan yang dikasihi... currently i am trying to upgrade and enhance the features of my blog...so kirenyer skarang under construction lagi.....so mintak maaf if u all cannot read and see any writings...it's just for temporary......

-Sekian-

Saturday, January 24, 2009

MuSim KaHwin Lagi.....

Akhirnyer musim kawin kembali lagi..actually regardless ujung tahun ke, middle of the year ke, early of the year ke, kalo dah sampai seru, kawin jugak akhirnyer...setakat ni dh 5 kad jemputan for January and February dah aku terima dan aku mengesahkan utk hadir...satu br lepas arini, kat Tanjung Kling, Melaka...my Sharodzian fren, Fara...kurus sungguh die tadi, tak sangke! pdhal dl, die lebih chubby dr aku...huhuhu...yeah, now im working out by dieting and fitness centre...setakat ini aku dh mengesahkan utk appoint a personal trainer for my fitness exercise...this is not for a short term, but because now i am damn serious to be in a normal and ideal weight again, if possible to get athlete weight and shape. reduce fat and water might be easy, but to burn ur excess muscle would be totally harder without weight training and consistent exercise...

so aku target to c the total result in 3 months..so insyaallah before aku g umrah on 24 April ni, aku g ngn senang hati because i am not only reduce fat and weight, but also, back to athlete shape yang aku idam2kan...bukan tak bersyukur dgn ape yang ade skarang, but i feel not healthy and easily exhausted and tired.. that's show that my stamina level also declining...not like my situation when i was still active in Silat last time...n i know this is what i want for my best...not only happy ideal weight, but excellent stamina and healthy body..that's what i call transformation for myself for 2009. disebabkan aku dh bayar for one year, so i'll ensure i am optimizing the investment...

Back to musim kawin ni, mmg tersentuh gakla because boleh dikatakan 5 of my frens yang nak kawin ni dh berjaya tight they all punyer percintaan for 4,5 years which ended with marriage...skit sebanyak i was touching because nasib aku tak sebaik dorg....aku setia macammane pon, i am not going to compromise with lying and betrayal...and that's what i've gotten from my past love story..now buat hati aku lagi tegar and choosy. tipula kalo aku cakap aku tak teringatkan die...sekali skala aku teringat and missed him too....but i always said to myself, is he think of me anyway? maybe die tgh seronok2 ngn gf baru die...i wouldn't know...so, the easier way to forget is exercising at GYM...that's y i luv gym very much lately..i oso met new frens...so, tak terasa sgt...it's true, make urself bz will help u a lot to forget ur sad memory...

Actually 2 days ago, one of my fren had asking me about my type of guy...i would say previously i dun really have specific character that i put for me to accept a guy...but absolutely educated sit in a higher ranking since..but like what i said previously, 2009 is a transformation to 25 and new me. so, i have listed the specific character for my guy. my fren pon ternganga gak tgk my list tu, mau gak i tak kawin sampai bile2 kalo tak memenuhi ciri2 lelaki idaman...macam nak kawin anak raja...but dun wori ^_^ (name terpakse dirahsiakan), im not looking for a rich guy esp yang inherited parents' wealth...bg i, sum of them are totally rubbish, otak kosong and useless....lupe ke my top choice wud be educated person?huhuhu....and because she challenged me to put the list in my blog, ok, i sahut cabaran u ^_^. so, these are the lists:

1. Educated (so, i can talk with him in all areas because he has a diverse knowledge and willing to learn, listen and discuss)
2. Strong asas agama
3. Penyabar ( tak panas baran)
4. Romantik
5. Joker
6. Guy with confident (confident in terms of way of walk, cara bcakap, cara memandang, etc)
7. Pembersih, kemas dan wangi (sori, i am very particular with this. i tak bo nak compromise. so no body odour and baju hapak pls!)
8. Fit body (guy with XL and above size, sori. try to diet and get smaller pants like M or L k! )
9. Not botak (that's y i dun like mawi)
10. Stable and financially strong (e.g. has his own car and house before married. Guy yang tak pandai cr kekayaan dgn titik peluh sdiri, hny harap duit mak bapak, sori. u r rejected)
11. Open and understanding minded (not try to think like gov way of thinking. expect bini balik keje awal tetiap hari, jemput anak2 tetiap hari, weekend takleh wat keje office lgsg. sori guys, for me, u dun understand my career and tak bo nak tolerate lgsg as husband and wife)
12. Trust ( husband and wife must hv a very high level of trust to sustain r/tangga)
13. Accept me just the way i am (e.g. i luv karaoke, so he must accept yang i suke melalak, etc)


ok, so far enufla.....so, ade tak kat atas tu saying aku nak laki putih melepak ke, hitam legam ke? ade ke? takde kan...overall, aku tak pandang fizikal...cume ade skit2 part je yang aku touch...bg aku, bile lelaki tu sdiri dh comfortable and confident with hisself, automatically certain2 things kat atas tu akan comes naturally. to b honest, aku sdiri pon tak yakin aku boleh dpt laki yang memnuhi ciri2 di atas. cume apa yang aku harapkan, if it's not fully achievable, biarlah die jenis lelaki yang penuh dgn kesederhanaan, menghormati org tua dan amat menyayangi aku. listed above tu is just for guidelines. aku mmg tak mengharap lelaki yang sesempurna list aku tu, tp sekurang2nya biarlah die jadi lelaki yang terbaik, dunia dan akhirat utk aku. aku dpt menerima kekurangan dan kelebihan die,as well as him...kalo aku ditakdirkan jodoh aku dgn one of my ex, or lelaki yang penah approach aku dl pon, insyaallah aku akan menerimanya, kerana Allah lebih jelas mengetahui yang terbaik utk kita sebagai hambaNYA. cume, to think about marriage for 2009 mmg dah hancur lebur and i'll think about it again when i reach 27. yup, 27...back to the old plan........i still hv 2 yrs to go...no worries......yang penting idup enjoy...hehehe

Thursday, January 22, 2009

Condolence to my Kitten……

This morning, when I woke up from bed, I saw my kitten tgh nyawa2 ikan…I was so shock why does it happened. Then I saw my mum just next to the kitten, n she was crying. Aku tanyerla ibu, ape dh jadi…sambil tu aku tgk my kitten nafas dah semput, trn naik sume..Ya Allah! Tuhan je la yang tau betapa azabnyer die melawan maut…sian sgt2 because for the first time ever, I see cat dying and die infront me. My mum suspected yang die dah termakan racun tikus yang ayah aku bubuh kat dapur..OMG! then suddenly aku teringat. Mmg ayah aku ade letak racun tu kat dapur coz lately ni mmg ade sekor tikus beso ceroboh masuk umah kitorg n kitorg til now taktau camne die masuk. So ayah aku taruk la racun. Kitorg mmg tak kurung kitten tu coz eventhough die kecik lagi, tp die dah well trained. Berak, kecing sume die buat kat dlm kotak yang kitorg dh prepared. It happen around 5.50am gtu. Dalam 6.05am, akhirnyer die kembali ke rahmatullah..aku mmg dah takleh nak tgkla.aku terus lari masuk toilet n cry..serious beb..i love cats very much..so bile nmpk die mati dpn mata, aku rs mmg takleh nak ctrl my emotion…hmmm..aku mmg dah rs sunyi coz biasenyer bile aku balik, mesti die akan sambut kau kat dpn pintu and main2 ngn beg aku……she was very hyperactive…lari sane, lari sini, lompat sane, lompat cni..in fact die boleh berdiri tau! I’m sure will missed her..tp tula..aku tak sempat nak snap any photos of her…but I remember my bro ade rakam gelagat die mase die tgh gile2 aritu..act aku pon ade record..just tak brape clear..tu je la yang boley ubat rindu aku kat die…….

Cilanat punyer tikus..kalo aku dpt, mmg aku akan wat dlm sejarah pembunuhan paling kejam la…..kitorg mmg pelik gile mane tikus tu dtg….n plg aku sakit hati, bile semlam aku balik dr keje, I was told by my bro, tikus tu dh gigit sampai putus wayar telefon n internet rumah aku..sial betul!! Kalo aku dpt la…mmg aku kasi cincang bdn die…sakit betul ati aku…sejak die trespasses our house, mmg macam2 damage die dh wat…..i think since last week….im sure arini ayah aku akan wat immediate action to find out lobang mane plak yg tikus ni dh korek utk die kuar masuk umah aku…..

I dun want another tragedy in our house. Takut kang kucing aku lagi sekor tu pon termakan racun tu gak.tp kucing aku yg sekor ni skang jarang dh balik umah..sejak die sembuh dr skin prob die tu, muke dh hensem skit, punyerla die p main kejar2 ngn kucing betina je…cis, mmg hampeh betul..dahla tu, sampai tak ingat nak balik umah lak tu..tau2 balik, nak makan….pemalas betul skg…sejak sembuh, makin ligat takel kucing betina…uhuk3….macam2 perangai la kucing2 aku ni….

Exercise............

Bismillahirrahmanirrahim………

Yesterday, as usual aku g after work…my boss was so surprise and happy as well when she knows that I and Ummida joined the FF. well, at least kitorg takdelah suke2 dh nak dok ofis tu lame-lame coz we already have another commitment. Actually statement tu takla mjurus to both of us but actually more to me…hahaha…but I know, I’ve shouldn’t cram myself in the office. I should go outside or do sumthing else rather than stay in the office. It’s not going to benefit me. Yup! True. Agenda for yesterday was I attended Body attack class…seriously, very high impact class…becoz it requires u to push to the limit, jumping, push up etc…but it’s totally burnt ur calories..no doubt! Huhuhu…for an hour class tu, aku rs cam cepat je mase blalu, not as compared RPM, bodypump and body combat. Aku rs for body pump, that would be the first and the last (I wud not going to say the last la because aku taknak build up the muscle first. Aku nak burn fat and reduce weight, then I can focus on build the muscle. Tak banyak, skit je!hehehe). so, aku nak concentrate on body attack, body combat and cycling class. tapi aku nak gak masuk bodyjam, body step and line dance class…at least leh lembut2kan badan skit, lentok2kan shape skit…huhuhuhu…

Normally I’ll spend almost 3 – 4 hours there…sure wondering kan ape yang aku buat lame2 kat sane? Hehehe….kuar ofis dlm 5.30/5.45, then terus workout til kul 8pm gitu..act I try to attend any classes on that day. But it depends gakla…kalo clash ngn waktu maghrib sampai tak sempat nak solat, I would rather do cardio exercise je. For the first one month, I’ll try to focus on 2-3 machines je like treadmill, (I’ll ensure that I’ll do these machines everytime I come to gym) and cycling. Then, I’ll choose any of the classes available on that day. So, It would take 2 hours on the cardio and class. after that, I can pamper myself in Sauna room or Steam bath room. Just sauna ni takleh g slalu…ur skin can dry easily. So, g la steam bath..at least bukak skit ur pores and it’s good if u pamper urself with lulur or scrub...so bila scrub bdn kat steam bath and stay there for 5-10mins to let it absorb into ur skin, mmg rs selsesa, lembut dan mulus lagi gitu..hehehe..

Then, baru leh g mandi…kat cni je I took ½ hour to finish bath…kui3…gile lama…that’s y ayah aku pon cam wondering gak apsal la aku slalu balik lambat…kekadang to the extend leh sampai kul 11pm…ntah ye, aku suke la plak g gym skang..not only exercising, tp bende lain kat ctu pn act worth my money gak…hehehe…but at least aku tau, aku tak melencong kemana2, rite? So balik pon mmg zzzzzz dengan nyenyak and selesa.

Gudnite la ye..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, January 20, 2009

SKG Training......

Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah, for the first time ever, aku di beri kepercayaan from my superior to be one the committee member for SKG01 Taxation training....hati ni mmg gumbira bukan kepalang la...yela, at least aku leh participate and handle the training..so ade experience and at the same time ade la gak justification aku leh wat utk my leadership for this financial year...keh3...alhamdulillah...FY 08/09 banyak jadi platform utk aku show off myself(bukan saje nak show off k, tp at least ppl wud realize me in the crowd), tunjukkan my potential and plg penting stepping stone utk aku move lebih maju dlm career dan idup aku.......i'm epy with it =)...

Cumenyer, when i meet the new networking and old friends during the training, budak2 PPMSB (Petronas PEnapisan Melaka), si Sarah, Farah and Vicky were saying that sume org finance kat PPM dah aware that i'll be transfered there and supposedly i shud reporting to GM there this mth...hmmm..aku pon xtau la nak cakap pe, kalo betulla diorg cakap, aku kene la b prepared from now...mslhnyer kalo si vicky tu je yang cakap, aku takla amek port sgt coz die pon suke main2 semunyik ngn aku...tp kalo dah azim, sarah sume cakap, Rahimah from Group Accounts will joining us soon, then for sure la that news dah 50% true...but i just want to keep it low la...selagi my boss tak cakap pape, i wud say that it's a rumor...tp rumor2 pon, strong gak rumor ni..kalo betul GM dorg sdiri cakap, mmg big issue la..!

Act...to be honest aku epy dpt kuar dr KL eventhough Melaka tu pon xla jauh sgt ngn KL....kalo balik every weekend pon xde mslh...tp ntah yer...mayb aku byk sgt plan for myself this year which kebanyakannyer relates at KL, aku terima seadanyer keptusan management...bukankah itu yang aku nak? jadi aku akan menerima nyer dgn pasrah dan hati terbuka.....lagipon tak ssh nak pursue ACCA kat Melaka..there r lot of classes at Melaka...so aku tak risau....kalo jodoh aku ngn org Melaka pon, aku terima je...agaknyer mmg sejak azali, chemistry aku ngn Melaka mmg kuat kot! hahahaha......

Ya Allah! Kau lebih mengetahui ape yg terbaik utk hambaMU..aku hamba yang maha kerdil dan lemah ini hanya berserah kepadaMU dan menyerahkan segala2nya kepadaMU..ape yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa, memohon, berusaha, pasrah dan redha.......

The Truth About MAN....

IF A MAN WANTS YOU

If a man wants you, nothing can keep him away.
If he doesn't want you, nothing can make him stay.
Stop making excuses for a man and his behavior.
Allow your intuition (or spirit) to save you from heartache.
Stop trying to change yourselves for a relationship that's not meant to be.
Slower is better.
Never live your life for a man before you find what makes you truly happy.
If a relationship ends because the man was not treating you as you deserve
then heck no, you can't "be friends." A friend wouldn't mistreat a friend.
Don't settle. If you feel like he is stringing you along, then he probably is.
Don't stay because you think "it will get better." You'll be mad at yourself
a year later for staying when things are not better.
The only person you can control in a relationship is you.
Avoid men who've got a bunch of children by a bunch of different women.
He didn't marry them when he got them pregnant,
Why would he treat you any differently?
Always have your own set of friends separate from his.
Maintain boundaries in how a guy treats you.
If something bothers you, speak up.
Never let a man know everything. He will use it against you later.
You cannot change a man's behavior. Change comes from within.
Don't EVER make him feel he is more important than you are...even if he has
more education or in a better job. Do not make him into a quasi-god.
He is a man, nothing more nothing less.
Never let a man define who you are.
Never borrow someone else's man.
Oh Lord! If he cheated with you, he'll cheat on you.
A man will only treat you the way you ALLOW him to treat you.
All men are NOT dogs.
You should not be the one doing all the bending...compromise is a two-way street.
You need time to heal between relationships...there is nothing cute about
baggage... deal with your issues before pursuing a new relationship
You should never look for someone to COMPLETE you...a relationship consists
of two WHOLE individuals...look for someone complimentary...not supplementary.
Dating is fun...even if he doesn't turn out to be Mr. Right.
Make him miss you sometimes...when a man always know where you are, and your
always readily available to him- he takes it for granted.
Don't fully commit to a man who doesn't give you everything that you need.
Keep him in your radar but get to know others.
Share this with other ladies..... You'll make someone SMILE, another
RETHINK her choices, and another woman PREPARE.
They say it takes a minute to find a special person, an hour to appreciate
them, a day to love them and an entire lifetime to forget them.

Saturday, January 17, 2009

New Episode of my life

Bismillahirrahmanirrahim.....

hurmm....dah quite sumtimes aku tak update blog...skarang mmg bz...tp bz ke gym...hahaha...bile balik umah dh kul 10pm gtu...balik2 dh penat sume...so lagi lena la tido...hehehe.

actually i just registered and joined Fitness First 4 days ago which was in Tuesday...tp tak sempatla nak wat pape coz si Syihan tu dah explain, approached and whatsoever, tgk2 jam dh 8pm...finally me and Ummida joined the club...we really working out this year...plus we already invested the money, that's why i know i'll be more commited after this...hehehe...and we both are planning to get personal trainer...30 sessions..i think sufficient enuf for me to get back to my ideal weight and also sexier shape...that's truly my hope for this year...i dun care about anything anymore...after myself felt disspointed and kecewa, i know i have to find alternatives to recover and get up from my sadness...so gym is one of the ways...selain dr tu, aku nak aktif balik silat yang dh lame aku tinggalkan since i left university....shuttt...i really miss silat so much! then, other than that, i will ensure that i can spend much time with my single frens in weekend...huhuhu....pegi karaoke, watching movies and bowling...at least i do sumthing that i like the most...and absolutely, once in a month, Shopping and spa! at least i worth myself and i use my money to worth and pamper myself...i dun have to think anyone else than myself and my family...

basically, i realize that there are so many things waiting me along my life journey and that's y i have to love myself more and more and believe to myself that i can achieve whatever dream i had dreamt of and start working on it....antaranya, jd slim again and maintain it, jadi better and more efficient in my work and luv myself and my family more than anything else.......

yesterday, dgn rasminye aku i got my new car..ahaks! i really luv it and aku bjanji dgn diri aku sdiri, aku akan work harder to get whatever things yg aku idamkan selepas ni..if possible for me, aku nak join venture biz ngn kwn2 aku, at least aku ade side income sdiri and boley dptkan ape yg aku hajati dgn titik peluh aku sdiri...mane tau pasni leh grab rumah idaman plak...hehehe...

dlm seminggu ni, dh 3 times aku g gym..if not with Ummida, i'll go alone and i still enjoy the classes..so far i have attended RPM (cycling class...damn i like it!), body pump and body combat (i really enjoy the class becoz it's a martial art class)...maybe after this, i can explore more classes...azam aku, utk 3 bulan pertama ni, aku nak ensure i can go to gym at least 3-4 times a week.....nak radiant and true result, a lil sacrifice must be done n im commited to see it in 2-3 months time...heheheh.........

tak dinafikan mase update blog ni pon, satu badan aku dh sengal2 dek bodypump class (kelas angkat berat..muahaha)...the trainer pon dh cakap, for the first timer like me, i'll feel soar for few days n it will recover slowly..yeah..takpe, janji aku dh experienced sdiri the class and it totally outrageous......on saturday, aku leh spend mase lebih skit dlm 3-4jam at gym......sunday either relax or g pon dlm 2jam gtu.......fuhh...im totally crazy this time! tapi aku xtaula apsal ramai sgt bile dgr aku ke gym, dorg ingat aku nak kawin..ape kene mengena kawin ngn gym pon, aku tak fhm...but maybe they see that i really working out to get sext shape in 32-3 months time, so dorg ingat aku nak fit my body with wed dressing..mengarut! tapi tak kurang ada gak yang predict yang aku br putus cinta, so that's y dorg nmpak aku byk sgt abiskan mase d gym, kwn2 and karaoke..well, i let the question for them to figure out...tp frankly sure la yang 2nd tu the most close to my case....hehehe

Anyway...i start to like my lifestyle now.........totally outrageous...!!!!!

Monday, January 12, 2009

Berbagai2 cerita.......

Bismillahirrahmanirrahim.....

Last week me and my colleague had met my new SM whereby we were discussing about our career progression especially in tax. Since i had already indicate my interest to be specialize in tax coz i know i'm not that strong in accounting (after what i've had in previous dept), i know accounting is not solely line in finance for me to be successful. She was mentioned that the management has discussed on our progression as in our dept, we just have senior exec box and above which for junior, the expectation is not yet up to the standard. So, mmg dah ade 80% bayang2 yang aku nak kene transfer or permanent at sumwhere else...

Hurm...challenging gak ni..mau menggaru gak aku nak melayan and bukak kitab FRS tu balik sedangkan aku dh bergelumang ngn Income Tax Act.. two diff kitab...huhuhu...well, act aku terima je keputusan management. If the agreed to transfer me out of KLCC, i am oso glad because I think that is what I want to in a first place. Cume bile pk2 balik,hurmm.....katne is easier for me to pursue ACCA kalo aku posted outside KL,Selangor or Melaka? hurm...itu mmg payah...because i want to have my own achievement, complete my ACCA and be cream among the cream as well. eventhough i dun have gifted IQ, i know it's very hard to pass the test, but if i dun give up, strong determination and seumpama dgnnyer, i know i can make it!

Tetibe aku rs nak kene wat appointment ngn my mentor ni...really need to listen to his advice as org lama..kene buang jauh2 perasaan malu sebab actually aku dh segan gile ngn die coz dh lame tak jumpe...adohai aku ni...dl takde mentor, bising2 ngn HR...dh ade mentor, wat2 lupe plak..uhuk3..ape punyer attitude daa...mmg aku kene berubah..sesungguhnyer 2009 mmg aku ade misi to transform myself as a new me...tougher, more determination, smarter and more confidence...

Aku cume berharap transisi perubahan aku takla terlalu mengejutkan esp kawan2 n family aku..aku cume nak buang jauh2 Rahimah yang dl..yang mungkin terlalu lembut hati dl..main2 lagi dgn masa depan, etc..transformasi utk ke usia 25 amat penting bg aku...because seharusnyer dlm umo ni, aku dh dapat mncari siapa diri aku, ape identiti aku n ape yang aku mahukan...it just to add up strong will, nvr give up and no personal, it just biz..hehehe...aku cume hrp org appreciate and see what i can do to be a better person...that's y gak penting utk aku aktif this yr, at least aku dpt buang kekecewaan aku jauh2 dan kesedihan aku dpt recover.

Cume ade satu misi penting yang aku blum lunaskan yang mesti aku lunaskan ASAP. menghadap Rabbul Jalil...memohon petunjuk, kekuatan, jodoh, kesihatan, kebahagiaan yang lebih menyinar tahun ini..Ya, memohon nun jauhhh di sana..hopefully bulan 4 ni i can make it...tp kalo di takdirkan aku dpt transfer jauh2, aku terima sgt dgn hati terbuka..tp mission kene settle kan earlier, so nnt boss baru tak bising..hehehe...gembira ade, bdebar pon ade...coz dgr byk crite, kalo hati tak ikhlas, riak, takabbur, etc bile jejakkan kaki di Bumi suci Allah tu, maka tunggu jela immediate consequence from it...minta2 lah aku betul2 mnjaga adab di sana..lagipon aku ke sana mmg utk mnghadap Kekasihku, anyway.....memohon berjuta2 taubat dan memohon semoga dosa2 aku diampunkan......gerun rs nyer...bile amalan mmg sekecil kuman..mungkin lebih kecil dr tu...

Skarang ni, hangat bercerita ttg Palestin vs Israel Laknatullah.......nauzubillah...dunia semakin mhampiri kiamat besar..kiamat kecil dh pasti..buka shj mata luas2 disekeliling...mmg terjadi..aku pon mengingatkan diriku yang lemah ni jugak...nafsu mesti dikawal..Janji tuhan pasti akan berlaku..kebangkitan Islam akan menghancurkan kaum plg hina disisi Allah, Israel Laknatullah! Allahuakbar...bila mata melihat di suratkhabar, email2 dan di sume media, hati mmg terlalu tersentuh....tp tangisan shj ke yang mampu kite berikan? sepatutnya kite as a muslim dh mula memboikot whatever product from US and Israel esp...aku akui, dl aku mmg gile starbuck, mc'd etc tu..tp Alhamdulillah, kini aku mampu berjihad gak because aku dh boley memboikot barang2 tu..tak mati pon tak dpt coffee..kopi Radix kan ade...hehehe...what i can suggest is kite boikot dl 5 main labels and followed by other products..aku pon dh mule tukar ke Mustika Ratu..hmm..jamu lagi gitu...the 5 main labels are:

1. Starbuck; (aku biase g San Fran ..tp tu pon from US gak..so aku pon dh stop pegi)
2. Mc'donald; (sempat gak aku merasa prosperity burger die b4 aku mboikot)
3. KFC; (Marrybrown and ayamas pon sedap gak)
4. Colgate; (kat umah aku dh lame tukar Safi/mukmin)and
5. Coca cola (aku dh lame tak minum air berkarbonat.it's totally not gud for health!)

So, kite ade mata hati and akal..tepuk dada, tanyer iman.....kalau tak mampu nak bjihad di medan perang, maka selemah2 jihad ialah jihad ekonomi...itu pon masih Allah memandang kamu dgn kemuliaan...And jgn lupe, isi lah minyak kete anda dgn PETRONAS shj k...the profit at least will be given back to Malaysian citizen jugak..huhuhu...

k..slamat malam...wassalam....
Through The Rain


When you get caught in the rain with no where to run
When you're distraught and in pain without anyone
When you keep crying out to be saved
But nobody comes and you feel so far away
That you just can't find your way home
You can get there alone It's okay, once you say

I can make it through the rain
I can stand up once again on my own
And I know that I'm strong enough to mend

And every time I feel afraid
I hold tighter to my faith
And I live one more day and I make it through the rain

And if you keep falling down don't you dare give in
You will arise safe and sound, so keep pressing on steadfastly
And you'll find what you need to prevail
What you say is

I can make it through the rain
I can stand up once again on my own
And I know that I'm strong enough to mend
And every time I feel afraid I hold tighter to my faith
And I live one more day and I make it through the rain

And when the rain blows, as shadows grow close don't be afraid
There's nothing you can't face
And should they tell you you'll never pull through
Don't hesitate, stand tall and say

I can make it through the rain
I can stand up once again on my own
And I know that I'm strong enough to mend

And every time I feel afraid I hold tighter to my faith
And I live one more day and I make it through the rain

I can make it through the rain
And I live once again
And I live one more day
And I can make it through the rain
(Yes you can)
You will make it through the rain

"The pain of having a broken heart is not so much as to kill you, yet not so little as to let you live."



Thursday, January 8, 2009

Poems of broken heart

A warm sensation fills my body
My heart races with every touch
The softness of your voice soothes
My soul

As I lay there hoping the moment
Will never end
Calling for you
Praying that you'll never let me go

The sensation so strong
I can no longer feel my body
Slowly I fade in and out of reality
In an instant the warm sensation
Fades away

My heart empty
My soul torn apart
Lying there; wondering where I went
Wrong

Calling out for you, only to find
there is no answer
My mind invaded with thoughts
So cruel and unrefined

The sensation of fear of what's to come
Slowly the reality over powering
The lust and fantasy
Leaving me empty

Confused on how to think or feel
The loneliness I feel
So wretched and compelled

Betrayal to myself

Revealing the terrors of my love
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space