Wednesday, March 7, 2012

Good bye 2011, hello 2012!!

Bismillahirrahmanirrahim….

Subhanallah, pejam celik, pejam celik rupa-rupanya dah setahun tak update blog!!! Time flies so fast….. reality nya, aku bukanlah seorang yang begitu rajin atau tegar dalam memblogging. Tapi aku tetap rindukan saat2 ketika aktif memblogging. Sebenarnya, blogging lebih memberi kepuasan untuk aku dimana aku boleh berkarya ttg diriku dan mencurahkan isi hati. Sesetengah org suka utk menyampaikan dalam bentuk karya penulisan cerpen, sajak, syair atau lebih senang terus menjadi penglipur lara atau hanay bercerita kepada kawan2 yang boleh dipercayai. Kan mudah begitu! Tapi…. Jauh disudut hati, aku masih merindui saat berblogging dan berharap kepuasan berblogging masih aku dapat nikmati seperti dulu. Malahan, inilah sahaja diari hati ku yang masih tinggal…yang boleh ku jadikan simpanan dan bacaan di saat aku sunyi atau keseorangan nnt. Pasti aku sendiri akan tergelak dan mengutuk diri sendiri melihat bait2 bahasa yang kugunakan dan kutaip. Tak dinafikan, blog ku adalah open blog, and that’s mean everybody can reach my blog, to read every each of my words, feelings and etc, but if I still keep it low, especially when I am not an active blogger, aku percaya tak ramai yg akan perasaan kewujudan blog ku, oleh itu dalam masa yang sama aku masih mampu menyimpan catatan online diary ku dr bacaan mereka yang tak ku kehendaki….huhuhu.

Goodbye 2011, hello 2012………memang betul2 aku melambaikan perpisahan pada 2011 memandangkan dh lebih setahun aku x mengupdate blog ku walaupun sesekali aku masih menyinggah. Masih adakah ruang untuk berluahan hatta sebulan sekali?? Let’s time reveal it.

Kerjaya

Alhamdulillah, kerjaya aku pada tahun 2011 begitu memuncak. Ini kerana azam aku untuk tahun 2011 adalah untuk member focus yang sepenuhnya terhadap kerjaya ku dan aku Berjaya tanpa sekelumit distraction from other things. Aku tetap jatuh hati pada tahun 2011, tapi ia semua bagaikan angin lalu shj. I prove myself I can excel in my career and I am happy because finally I make my family proud of me! Walaupun aku terlalu kerap travel and outstation, sesekali merungut kepenatan, tapi aku tetap puas kerana disitulah my work and self satisfaction. Boss semakin mempercayai kemampuanku and I am heading the biggest section in my dept which is Financial &Operation Accounting. I would say this is the biggest challenge so far as suddenly there are so many people reporting under me and of course PPA time is the biggest headache! Hehe. Tapi aku terima dgn redha dan senang hati kerana aku ingin kan lebih banyak pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Terus terang, aku sgt tidak menyukai Operation Accounting kerana area inilah yang aku telah cuba elakkan the moment I was at KL. And because they offered me to be at CAPS, I declined the offer and decided to take offer from PGB to be in kertih. Alhamdulillah I never regret the decision. Cuma….itulah…jangan tak suka, nnt dapat. Itu lah yang berlaku pada aku sekarang. So I really have hard times and struggling to learn about this area. But I have to because I have no choice and I take this up as a challenge to me. Insyaallah, aku akan cuba bertahan. Tapi aku masih menyukai portfolio Financial Accounting and always feel good about it especially if I completed the tasks related to Financial Accounting. Alhamdulillah, di situlah terletak kepuasan aku dalam bekerja walaupun terpaksa meluangkan lebih 8 jam sehari di ofis. Insyaallah aku akan terus menabur bakti di PGB kerana the uniqueness of the business chain (POD, TOD, CUF, RGT), maka aku sememangnya merasa sgt bertuah.

Oleh kerana aku sudah sgt berhempas pulas pada tahun 2011, dan walaupun aku mengetahui cabaran 2012 jauh lebih hebat, aku tetap memutuskan untuk mempunyai sedikit ruang waktu untuk diriku sendiri terutama ketika hujung minggu. Bermakna aku tidak akan melayan sebarang e-mail pertanyaan dan aku akan mengurangkan aktiviti ke ofis setiap hujung minggu. I just need time to spare for my family and friends. Kemungkinan besar juga kerana azam aku pada tahun 2012 sudah menjadi sedikit berbeza dr tahun2 sebelumnya iaitu ingin mendirikan rumahtangga. Maka, masa hujung minggu ku adalah lebih kepada usaha menghadiri pertemuan dgn si polan, si polan walaupun tidaklah selalu. Sekurang-kurangnya aku boleh berehat dgn baik dan tidak terlalu memikirkan tentang kerja, kerana kerja takkan mungkin selesai. Dan oleh kerana aku sudah mempunyai eksekutif di bawah Financial Accounting Unit, maka aku tidaklah terlalu gusar tentang tahap kesibukan aku yang terlampau pada 2011.

Cinta

Sepanjang tahun 2011, hidupku tak terlalu banyak berubah, aku masih single trang tang tang sejak perpisahan menyakitkan pada 2009. Aku masih memilih untuk menyendiri sehingga sekarang. Bukan lah aku tidak mahu membina hidup baru, sgt ingin! Tapi aku sering berkata pada diri sendiri, “mampukah aku bertahan dgn si polan bila aku mula menyukai seseorang?” aku perasan tentang diriku, aku punya ramai kenalan lelaki, tak ku nafikan ada yang mendekati dan ingin mendekati, tetapi samada aku sendiri telah mendirikan tembok antara aku dan sidia atau pun aku akan mula menyukai si polan itu, tapi perasaan aku akan bertahan selama 2 bulan shj kerana selepas itu aku akan mula bosan dan aku sendiri mengundur dan mendiamkan diri sehingga si polan putus asa. Aku rs tempoh waktu paling aku bertahan menyukai seseorang ialah 2 ½ bulan shj! That’s it! Aku menyedari sejak perpisahan dahulu, aku terlalu sukar jatuh hati atau stick to one man for long term relationship. I am just silently refused!

Sekiranya kalau aku ingin jatuh hati sekali lagi, sememangnya lelaki itu harus mempunyai WOW factor yang akan membuatkan aku terus jatuh cinta pandang pertama ataupun sekiranya komunikasi antara kami berlangsung dgn konsisten dan baik selama lebih dr 3 bulan or one quarter. Cuma setakat ini aku masih belum berjaya mempertahankannya. Demi Allah, aku ingin merasai nya kembali, but I guess it will be a very slow progress for me to accept. Nmpknya perpisahan dl benar2 merenggut perasaan cinta pada lelaki dan menyebabkan aku fobia akan cinta. Apatah lagi jika yang mendekati aku is a sweet talker. Rules of thumb: Sweet talker is a bad guy! I won’t use it to all guys, but most them are truly crap as I met with this kind of person so frequently. Alhamdulillah, aku masih ada kesedaran dan tidak cepat melatah jika di saluti dengan kata2 manis seorang lelaki. Aku percaya rancangan Allah adalah sebaik2 perancangan. Mungkin aku tak ditakdirkan bercinta sebelum berkahwin kerana aku telah melalui kepahitan yang bukan sedikit. Mungkin yang terbaik adalah percintaan selepas berkahwin kerana aku mungkin akan lebih menjadi malu dan tersipu tatkala memandangkan suami sendiri, bak pertama kali bertemu. Indahnya! Tetapi, sekurang-kurangnya aku telah menetapkan target untuk berkahwin pada tahun 2012. Walaupun tak ketahui samada aku mampu mencapai nya atau tidak, sekurang-kurangnya aku telah memulakan usaha dengan menerima pelawaan kawan2/adik beradik/family untuk dikenalkan kepada si polan, si polan, etc or i am meeting guy. It sound’s like I have so many options, but trust me, it is even harder to fall in love. I won’t make the 2nd move, no way! I don’t like man without effort as I couldn’t see whether he is determined to go over me or not. Maka aku serahkan segalanya kepada Allah, DIA lah sebaik2 pelindung. Aku juga cuba meluaskan pandangan dan horizon hatiku dengan member peluang lelaki mendekati dan mengenali aku. Maybe it looks easy, but it is not cheap at all! Aku masih berharap aku masih menjaga batas2 akhlak, perlakuan dan pakaian ku. Tapi sekiranya ada lelaki yang baru berjumpa dah gatal2 keladi, asyik nak bergesel, sengaja berlaga2 bahu, tangan dan sebagainya, sorry u just wasting my time and your time too. I am not interested!

Oklah, aku akan mengupdate lagi. Selepas ini, tentang percutian, rakan2, keluarga dan hobi..till now..bye…zasssssssssssss

Sesungguhnya yang baik itu dtg dr Allah SWT dan yang buruk dtg nya dr kejahilan diriku.

Wallahu’alam…………….

Monday, January 24, 2011

wanita...adakah rasa malu mu?

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.

Permulaan 2011....

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan nama Allah aku mengucap syukur kerana aku akhirnya menjengah ke blog yang dh lame di tinggalkan. feeling weird, but feeling touched too. I know that some of my friends are following this blog based on their reminders to update my blog ASAP sebelum jadi asam jeruk. i guess after 8-9 months, memang weird bila aku mula nak menulis kembali. mampukah? but i hope after this, i would be able to update it at least once in every 2 weeks. 2 weeks? huh! lama juga tu. but i hope that i can post something that can benefit people on top of my life story. nama blog pn My World, My life Journey,sure la psl diri sendiri kan. huhu. ok, since the last posting was about my aim and goal in 2010, so now it's time to do some checking on what i have achieved throughout 2010. Berjaya ke x aku follow goals aku tu sume?

  1. Menjadi pekerja yang lebih cemerlang dr FY 09/10 - Kalau dulu, asyik fikir to avoid dream big sedikit kan? At least diri akan sentiasa ada motivasi untuk memperbaiki diri dan bekerja kerana Allah :) Result: Alhamdulillah... 3months to go to close another cycle of FY. memang mencabar FY10/11 ni. first, sebab aku dpt transfer ke GL section from product Accounting. Frankly speaking, aku sgt sukakan cabaran di new portfolio ni. kenapa? aku pn xtahu. tapi aku sgt seronok menghabiskan 8jam office hour dgn kerja office dan more communication with users and bosses. i know i won't feel bored easily in this new portfolio. perhaps aku tak strong enough to do costing. i guess so...
  2. Buat simpanan lebih banyak dari tahun lepas - bukan setakat untuk emergency fund, tapi jugak untuk marriage fund *_* Result: Alhamdulillah, ada simpanan and it is on-going :)
  3. Lebih banyak menghadiri majlis2 ilmu, membeli dan membaca buku2 agama dan 'melepak' di masjid/ surau :D Result: Alhamdulillah, on-going :)
  4. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis dengan lebih kerap. Result: Alhamdulillah, on-going :)
  5. Beli mountain bike - stamina itu penting! Result: Not yet. Could be costly to me. To consider buy it in 2011 or 2012.
  6. Berjalan2 ke Bandung - Insyaallah ke sana this end of April ;) Result: Sukses! :D
  7. Beli raket squash dan bermain secara serious dan konsisten - since sudah tidak lagi ke gym this would be the best option to maintain stamina and weight. Result: Sukses and on-going. cume tak berapa nak konsisten. Now i'm gaining and i have to cut the fat before the tournament!
  8. Pursue study in ACCA. Insyaallah June/ July registration. Result: To consider drop it from my academic line. don't think i can put my full heart on it, but i'm considering of replacing by pursuing master.
  9. Bertemu calon suami tahun ini - nampaknya kena pakai match maker. Result: Mungkin.... on-going kot?
  10. Aktif dalam aktiviti2 outdoor, i.e. kayaking, hiking, water rafting, biking - Be a natural lover. Result: on-going :D
  11. Beli rumah (azam dari tahun lepas, but since it's long term and big decision, beberapa faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan. harap2 dapat peluang tahun ni ^_^) Result: Alhamdulillah, one of my biggest dream and achieved it in 2010. Cume most probably tak duduk rumah tu dan akan jadikan for investment. after i earn some income from the hse, then i'll think of 2nd hse for living :)
Alhamdulillah, i achieved like half of it. Bersyukur sgt2, and i hope i can continue the momentum in this 2011 onwards. Cuma yang akan menjadi big headache ku for 2011 ialah berkahwin. very top and popular question untuk mereka yang seusia ku. Ditambah lagi dgn pertunangan my bro on this coming chinese new year and most probably will tie a knot on this September. Cepatnyer masa berlalu, tak sangka adik2 ku dh besar panjang dan akan berkeluarga. Aku? memilih? tidak juga. Cuma belum sampai jodoh ku.itu shj. Dengan workload yang agak banyak, itu agak memustahilkan aku to step up and find someone. i would rather let my friends to match making me or introduce me to someone. If ade spark, ade chemistry, maybe boleh proceed,or otherwise we can remain friend. No heartfeeling and i don't really bother about it.

Azam 2011? no specific goal. i don't want to think so hard and it'll just give me a big headache. i still have goals that are yet to accomplished last year, so i will just continue mana2 yang tergendala. Dan yang on-going, improve it and be istiqamah all the way. That's what i hope. So, i will end my new post here. Sampai berjumpa lagi. Semoga aku menjadi insan yang lebih baik dr semalam. Sejak sibuk ni, tidur pn awal sebab segala akal fikiran dah digunakan untuk fokus dalam kerja.



oh ye, btw i think that i missed one more goal, my aim to buy D90. Apparently, no D90 but i owned D3100 now!!! Alhamdulillah, like dream become true. i never thought that. In fact to use iPhone pn xde langsung dlm my wish list. Tiba2, rs nak beli, straight away p survey and beli. See, sometimes i'm kinda unpredictable person. maybe sebab aku jenis kureng bershopping (kecuali kasut yang jd kegilaan ku), so bile mood nak berbelanja tu keluar, huh! boleh tahan gak. hehehe. Sayonara. Lailan Sa'idah :D

Saturday, April 10, 2010

11 azam Rahimah di tahun 2010.

Kelakar pula rasanya, baru nak post new goal after 4 months since new year. huhuhu... Tapi rasanya it's better than nothing kan? Sekuarang2nya, aku masih boleh keep track dan memastikan aku mengotakan setiap aspirasi atau azam yang telah dibuat. Antara azam yang diharapkan terlaksana tahun ini:

1. Menjadi pekerja yang lebih cemerlang dr FY 09/10 - Kalau dulu, asyik fikir M3, tapi apa salahnya tahun ni to avoiddream big sedikit kan? At least diri akan sentiasa ada motivasi untuk memperbaiki diri dan bekerja kerana Allah :)
2. Buat simpanan lebih banyak dari tahun lepas - bukan setakat untuk emergency fund, tapi jugak untuk marriage fund *_*
3. Lebih banyak menghadiri majlis2 ilmu, membeli dan membaca buku2 agama dan 'melepak' di masjid/ surau :D
4. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis dengan lebih kerap.
5. Beli mountain bike - stamina itu penting!
6. Berjalan2 ke Bandung - Insyaallah ke sana this end of April ;)
7. Beli raket squash dan bermain secara serious dan konsisten - since sudah tidak lagi ke gymthis would be the best option to maintain stamina and weight. Raket pun dah beli! (",)
8. Pursue study in ACCA. Insyaallah June/ July registration.
9. Bertemu calon suami tahun ini - nampaknya kena pakai match maker @_@
10. Aktif dalam aktiviti2 outdoor, i.e. kayaking, hiking, water rafting, biking - Be a natural lover.
11. Beli rumah (azam dari tahun lepas, but since it's long term and big decision, beberapa faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan. harap2 dapat peluang tahun ni ^_^)

Ada juga beberapa perkara sampingan yang aku harap dapat aku lakukan sekiranya punya masa dan duit:

1. Mempelajari taranum secara extensive - Dah jarang balik KL, susah nak ikut talaqi di masjid KLCC dengan Ustaz Rahim, so maybe perlu ke KT mencari guru.
2. Kalau ada duit lebih, nak juga rembat Nikon D90 :)
3. menunaikan umrah June 2011 - Semoga harapan dan doa aku dimakbulkan dan dapat membawa ibubapa serta rakan2. Bagus juga aim awal2, ada determination nak pergi :D

Mencari satu kepastian...

Bismillahirrahmanirrahim...

Kasihan sungguh blogku yang tersayang. lama tak update, malahan lama tak menjenguk. Nampaknya bukan kerana tiada masa, tetapi disiplin diri yang merosot! Hmmm....

Tapi, dah alang2 menjenguk, aku tahu aku harus mencoretkan sesuatu didalamnya. I'm planning to open new blog, which contains more educational and motivational quotes, but in islamic way. Tak tahu samada akan mendapat sambutan, akan dibaca dan akan di comment, tapi aku merasakan diri aku sebenarnya mencari sesuatu yang lebih dari sekarang. Ya, mungkin kerana aku berada di Kertih, which the environment is less social, lots of positive aura and activities eventhough the cost of living is more or less like in KL. Kerana itulah aku merasakan diri aku sebenarnya dah lama agak jauh dari tuhan. Agak lama tak ke masjid/surau kecuali musin Ramadhan kerana solat tarawih berjemaah, agak lama tidak menghadiri majlis ilmu sedangkan di sini bukanlah susah sangat untuk mencari sebenarnya dan sudah lama meningglkan talaqi, iaitu kelas perkongsian dan tasmik bersama2 guru taranum ku dan rakan2. Rindu rasanya bila mengingati kali terakhir aku ke kelas Ustaz Hj Rahim, antara guru taranum tersohor di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, serta rindu utnuk bertasmik dan mendengar alunan2 indah dan merdu taranum dari rakan2 seperjuangan, i.e. Kak Malina, Kak Ila (Sh Khasif Fadzillah), Kak Noorhasliza, Kak Yam, Suhaiza, adik Muhammad, Ustaz Anuar yang kelakar, Amirrahman, Ustaz Nik, Ustaz Wan, etc. Arghhh... terlalu ramai. belum lagi campur anak2 muda yang tidak berapa ku kenali di dalam kumpulan ini. Aku kagum kerana walaupun semakin sukar menjumpai anak2 muda yang benar2 kaki masjid, tidak malu di label alim atau konservatif, tapi masih ada yang mahu mempelajari dan mendalami taranum Al-Quran. Tidak seperti kalangan anak2 mudi sekarang yang lebih cenderung ke arah hiburan dan nyanyian yang melalaikan, kalau dapat aku senaraikan: AF, Malaysian Idol, OIAM, Mystarz LG, gangstarz, mentor, Idola Kecil, Bintang RTM, dan pertandingan kugiran, indie, band, etc yang seberapa popular yang ditayangkan di kaca TV. Itu belum lagi rancangan2 karaoke yang begitu luas di adakan di mana2.

Yang menjadi sesalan, ibu bapa kini sangat menyokong anak2 menjadi idola2 tak kemana ni! astaghfirullahala'zim. Ya Allah, aku bermohon kepadamu, kurniakanlah aku jodoh yang baik, keturunan yang baik dan mentaati perintahMU Ya Allah. Aku tak menafikan, aku juga agak leka dengan rancangan hiburan terutamanya American Idol (maaf, aku tidak meminati satu rancangan realiti atau hiburan di Malaysia walau satu pun), malah kadangkala aku akan keluar berkaraoke dengan rakan2 perempuan aku kerana ketagihkan jamming nasyid. Tapi, lama kelamaan, aku semakin risau dengan diri sendiri. Inikah yang aku mahu? Inikah yang aku hajati? Apakah yang akan jadi padaku sekiranya ia berterusan? Sesatkah aku? Makin jauhkah aku dariMU? kenapakah aku hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam membaca kalamMU, tapi aku tahan melalak berjam2 lamanya? Ya Allah, bantulah aku Ya Allah, aku perlukan makanan rohani, perlukan santapan iman, batulah aku Ya Allah! Berilah aku kekuatan untuk membinanya, bukan menunggu orang membantu membinanya! Aku terjumpa satu quotedi dalam iluvislam.com ketika sedang asyik membaca wakalah, jurnal dan artikel2 yang ditulis didalamnya. Seorang sahabat menulis, "kekuatan x boleh ditunggu, tapi perlu dibina." Masyaallah, terasa lemahnya diriku. Mungkin aku kelihatan kuat, tapi sebenarnya...?

Semua orang mengatakan aku seorang yang friendly, tak penah aku jumpa orang yang mengatakan aku seorang yang introvert. Yes, I am a dominant extrovert! Tapi, terkadang aku berfikir, tidakkah aku memusnahkan dan memalukan diri sendiri kerana terlalu lose dalam menjaga batasan ukhuwah dengan bukan mahramku? Benar, aku punya terlalu ramai rakan lelaki. Malahan aku seorang yang easy going, mudah diajak untuk melakukan aktiviti terutamanya outdoor and extreme activities as those really my passion. But somehow, dalam hatiku, haiku tak dijengah kepuasan yang maksima. Aku seperti mencari sesuatu lagi. Setalah itu, aku mengkaji apa sebenarnya kekurangan dalam diriku yang aku harus bertindak drastik dan cepat, dan aku terkejut tatkala aku menerima jawapan yang sebenarnya, aku perlukan ALLAH. Seperti ku katakan di awal post ini, aku kekurangan makanan rohani, maksudnya hatiku semakin mengeras dan hitam. Ya Allah, hidupku, ibadahku hanya untukMU Ya Allah...Benarkanlah diriku berlari semula kepadaMU, janganlah kau jauhkan aku dariMU Ya Allah, pimpinlah aku Ya Allah...

Aku menceritakan konflik di dalam diri ini kepada seorang rakan baik. Dia merasakan aku tidak seorang teruk, tidak langsung! Itu kata dia, seorang insan dan rakan yang melihatku secara fizikal, bermusim dan tidak 24/7. Hakikatnya, aku merasa jauh dariNYA sehingga aku menemui jawapan yang sebenarnya yang aku hanya memerlukan DIA. Kerana, bukti kekuasan, kasih sayang dan cintaNYA padaku, ada doa2ku yang mula dimakbulkan DIA usai aku menunaikan umrah, DIA menjauhkan aku dari lelaki yang bukan jodohku, melindungiku dari musibah tatkala orang lain ditimpa, DIA menunjukkan dan memberikan yang terbaik buat diriku, malah DIA mempertemukan insan2 yang baik dan beriman. Apabila mengingatkan diriku malu dan segan kerana dilabel 'ustazah' atau 'qariah', aku beristighfar. Mengapa harus malu? Kerana penampilan ku tidak seperti itu most of the times kah yang membuatkan aku tidak mahu menerima panggilan yang baik itu? Ya Allah, aku bermohon kepadaMU agar kau keluarkan aku dari kebinasaan. Terima panggilan itu seadanya kerana ada baiknya panggilan2 itu jika dilihat secara positif. Aku akan lebih menjaga adab, penampilan dan tuturkata ku agar tidak keterlaluan, menampilkan ciri2 muslimah, dan mungkin aku akan beroleh jodoh yang baik dengan cara ini. aku percaya dengan firmanMU, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, dan begitu juga sebaliknya. Apapun tuhanku, aku bersyukur kerana KAU memberikanku hidayah di kala aku tercari2 dan memberiku kekuatan membuang dan melupakan kisah2 cinta silam ku yang mencarik perasaan dan melukakan hatiku. CintaMU adalah cinta yang sebenar dan teragung. Amin ya rabbal a'lamin. Wallahua'lam.

Wednesday, December 23, 2009

Bicycle vs Nikon D90? Hmmm...

arggghhhh...confuse, confuse, confuse. I'm confuse! I suddenly have lots of things and interests that i wanted to do at one time. Suddenly i got geng here to do cycling, one of my favorite activities that i had last time and i just want to start it of again. the problem is i don't have a bicycle, the kit, the attire, etc as i have to start fresh all over again. But i really want to join the geng very2 soon. they seems like have sooo much fun, cycling every saturday morning in group. however, the cost might be approximately Rm1,500++. the cheapest bicycle that suit for normal cycling is maybe around 600,700. well, it's maybe. i haven't done this activity for very2 long time and i really have to go survey a good bicycle for me! haisshhh..hopefully i can make it through.

Nevertheless, i have one passion in photography. actually i really want to take this hobby seriously. i love camera, i love being myself in front of camera, i love posing, i love photography. and i wanted to have my own canggih camera! Because now i'm already working, i think and i believe this is the time for me to make it real. and it so happened that i met 'kaki' photography in my friend's wedding. Alhamdulillah, thank god i met someone that willingly to teach and guide me on photography world. well, kaki dh jumpe, but camera? i just have a very normal camera, and now i know i have to have semi pro camera! o yeah....! I always thinking of Nikon D90. long long time ago. and i started to be passionate now when i met the 'kaki'.hahhaa. It just u knowla, to get e camera, it involves lots of cost. The cheapest i can get is USD$1049 in amazon.com. the cheapest in KL via online is RM4,188. hmm..still expensive. it's a Nikon D90 (the body) (12.3MP, DX Format, 3" LCD, Live View, Video, 4.5fps) with Nikon AF-S DX NIKKOR 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR Len. with the price of RM4,000, definitely i wanna grab it.

But again, both hobbies will cost me about Rm6,000++! haiyaaa....can i just do an installment for camera and pay full cash for the bicycle? huhu.. i just can't resist, i can't control! Marriage fund can wait, but the camera and bicycle cannot waitla..auuwwwww! like my friend said, photography is a rich daddy hobby! hahaha...cannot comment on that, but somehow i agree on it. But what can i do? i fallin love with it. Pls let me marry the Nikon D90.waaaa........

I know that myself has no money that much to buy in full cash. i know that i have to get my monthly expenditure very tight, cut everything, cut shopping, dieting, fasting, so that i can keep the money faster, and i can buy both. pls..pls..pls... Tapi kalo nak kate priority? i would love to have a bicycle first. the reason is simple. i foresee myself will not going back to KL oftenly and will staying at kertih for quite sometimes. i have the geng and getting know each other better. i also need myself gets fit all the time. and one more thing, it's cheaper than camera cost obviously!

Pls guys, pray for me that i could be able to keep more money and make my dream becomes true ya! i'm serious on it and i'm hoping it'll be real.

Friday, December 18, 2009

Missing A Lot...

sometimes when i sit alone, muhasabah diri or having relax time, i tend to flash back all the sweet past memories where i had when i was studying. not only the uni itself, but friends, studies, art activities, etc. Honestly, i've been missing UKM this lately. I miss to have fun time again as student, get involve with the activities and nasyid jamming.

eventho i was not ko-k student for nasyid; FI & Insyirah, but i could proudly say that my batch (2003-2007) had left a legacy for insyirah. Nasyid is my flesh and blood. i started singing when i was 6 yrs old and i became a vocalist since i was 10 years old and it never stop. started with nothing, it strengthen from year to year until now i suppose :) i still missing nasyid jamming and practice with FI & Insyirah' team. Sumtimes, i'm feeling like i wanna pursue my master at UKM, so that i would have opportunity to join again ARTISUKMA :p i just missed it. Miss very much. UKM also has given me opportunity to polish my taranum skill in tilawah. eventho it was quite late at that time ( i just participated when i was in 3rd year), but i was so valuable whereby that's how i met again my godsister, Kak malina a.k.a Kak lin in one of tilawah IPTA competation where at that time, i was representing UKM whereby she represented UIAM. Alhamdulliah! big give to me! after meeting her again, i never stop learning taranum again and i don't want to turn back again.

Other than that, my silat's friends! oh please, i really miss gelanggang silat. I suppose i have to struggle so much if i want to get serious again in silat. it's getting fade as i'm not practicing so much the technique after i graduated. Sorry cikgu, i miss silat so much, but i have let some ilmu goes away from me. I wish i could learn from the scratch again.

being a student is the most wonderful time in my life especially University life. Adik2, never let your time in Uni running away just like that! And after quite sumtrimes, u'll realize how regret u were because i doesn't learn sumthing other than study! come one, have life. eventho i was student at that time, i still can enjoy every moment of it. practicing at DECTAR, studying at PTSL, going to pasar malam, etc. so many things! i hope i could turn back time, make it more wonderful and make it to the max but i know the time will not be back to us. I know i becoming more adult and i have to hurry or time will leave me wasted just like that. Time is like a money and ppl now are become materialistic from time to time. no more work because of Allah or Ibadah, but it becomes work because of money and i have to admit it. so poor, so sad to face the reality. however, i cannot run from the reality because that's what have been set by the ppl nowadays.

Slowly i learn to accept it but most of the time i feel devastated. if i could, i want to let go my current job and do what i like; become an artist. not artist in terms of being a singer, or actress, but my heart is so attached with Malay arts and culture; i.e. Malay traditional dancing, theater, Asli music, silat, etc. but i know i couldn't afford that. money is everything and i know i have to work not for myself, but also for my family. insyaallah, i started to like my job and i'm hoping i'll continue this job til my last breath.

but if u ask me, if i have a choice, what would be? i will definitely answer, " I wanna turn back to Uni life, being a very active student in malay arts and excel in study at the same time" :)
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space