Tuesday, February 24, 2009

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG

untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…

DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..

Anda menangis ketakutan….

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…
Anak kecil ditembak didepan mata…
Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!
kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti…..

Apa yang anda Harapkan pada masa itu?

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )

“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir-fikirkan….

Saturday, February 21, 2009

Usaha memurtadkan orang islam!

Sumber dari blog Isu Hangat. Moga menjadi iktibar dan berhati-hatilah dengan dakyah agama lain.

KITA UMAT ISLAM WAJIB MENJAGA MARUAH UMAT ISLAM...
BUKANNYA MENJAGA KEIMANAN INDIVIDU!!!

tetapi kita sebagai rakyat... kuasa terhad...
hanya pemimpin sahaja yang mempunyai kuasa....

Ulamak-ulamak berpendapat bahawa...
Pemimpin Melayu islam sekarang meletakkan hukum ALLAH ditapak kaki...
terutama Hukum melibatkan murtad!!!

MARUAH UMAT ISLAM TIDAK DIJAGA OLEH PEMIMPIN MELAYU...
PENDAKWAH KRISTIAN TIDAK TAKUT BERDAKWAH KEPADA MELAYU DI MALAYSIA NI..
PENDAKWAH KRISTIAN TAHU... PEMERINTAH MEREKA TIDAK AMBIL APA-APA TINDAKAN..
INI KERANA "KEBEBASAN BERAGAMA"... .

benar atau tidak pendapat Ulamak ini..

Raff cerita ini kisah benar!!!
semasa Raff lepak di Taman KLCC...
kita sebagai pengembara.. .. bukan setakat mengembara dalam hutan..
di bandaraya pun kita mengembara jugak....
memerhati apa yang berlaku di masyarakat sekeliling.. .

benarlah apa yang diceritakan dalam Mastika...
terdapat beberapa couple sedang berpelukan di taman KLCC ini...
tanpa sebarang tindakan... menunjukkan bahawa...
Maruah Islam hampir tidak ada di sini....



sambil melihat kanak-kanak dok mandi di kolam...
tiba-tiba..Seorang pendakwah Kristian datang kepada Raff..



sambil melaung-laungkan "Dakwah Kristiannya" ...
dan memberikan artikel ini kepada Raff....







RAFF BERISTIGHFARRRRRRR! !!!
SAMPAI MACAM TU SEKALI BERANINYA MISIONARIS KRISTIAN
MEMURTADKAN ORANG MELAYU...
kalau kat Kelantan buat camni... dah lama patah riuk dah paderi ni...
tapi ini kat KL... silap-silap kita yang kena belasah!!

raff tengok paderi ini menyebarkan risalah ini kepada
beberapa anak muda melayu yang lepak di Taman KLCC....

ANDA SEMUA BOLEH BERFIKIR sendiri....
MENGAPA RAMAI REMAJA MELAYU MURTAD SEKARANG!!!!

Fakta cinta...

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemaham wanita kerana sering mengalirkan air mata. Tetapi segagah gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah satu hari mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil ia itu CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang di anggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata saorang wira. Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Mungkin Tuhan mengiginkan kita bertemu dengan bercinta orang yang salah sebelum bertemu orang yang tepat. Kita harus berterima kasih atas kurniaan ini.

Perasaan cinta itu di mulai dari mata, sedangkan rasa suka di mulai dari telinga. Jika kita mahu berhenti dari menyukai seseorang cukup dengan menutup telinga. Tetapi apabila kamu cuba tutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan airmata dan terus tinggal di hatimu dalam jangka waktu yang lama.
Tuhan menciptakan 100 kasih sayang, yang disimpanNYA hanya satu bahagian dan diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Terputus cinta itu memang menyedihkan. Harus di ingat bahawa perpisahan itu di tentukan oleh jarak dan waktu. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan - walau lebat atau lama pasti akan reda jua. Namun hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang yang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi hamba, jika cinta itu disambut oleh Pencinta palsu!

Oleh itu, jangan kerana cinta kita gugur dari perjuangan dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersemai.

Jangan mencintai seseorang saperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka saperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itu lah nama nya Cinta!

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kita masih mampu tersenyum dan berkata: "Aku turut bahagia untuk mu." Ia juga adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

Cinta pertama adalah kenangan, cinta kedua menjadi pengajaran dan cinta seterusnya adalah keperluan. Kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang di anugerahkan itu sebaik baik nya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.Cuba ibaratkan kehilangan cinta itu seperti hilangnya cincin permata di lautan luas yang tidak bertepi. Ia harus di lupakan.

"Cintai lah seseorang itu dengan sederhana kerana mungkin satu hari kamu akan membencinya dan benci lah seseorang itu dengan sederhana kerana mungkin satu hari kamu akan mencintainya."


Bila pintu hati terbuka dan tertutup.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

[Al-Baqarah:216 ]



Apakah yang kita faham tentang firman Allah di atas dan sejauh mana kita menghayati dan mengambil iktibar di atas ayat Allah di atas? Ia bukanlah dtg dr hadis nabi, mahupun mana-mana kata hukama’, tetapi dr Kalam Allah, yang kita baca dan pegang isi kandungannya sehari-hari. Siapalah kita untuk mengatasi ketentuan Allah tentang hati dan perasaan. Cinta boleh datang dan pergi, tp adakah ia sesuatu yang baik atau buruk bagi diri kita? Cinta bisa menjadi penawar dan perasaan paling indah paling dirasakan dlm kehidupan kita, tp cinta juga mampu memberi 1001 penyeksaan dan kelukaan paling mendalam dan berbekas dlm diri kita. Namun begitu, seperti firman Allah di atas, siapalah kita untuk menolak takdir sekiranya kita tak bertemu dengan cinta sejati setelah 2,3 kali mencuba? Itu hanya dugaan Allah, part of life journey, kerana cinta membuka frasa hidup baru didalam hidup seseorang, sekaligus mematangkan manusia.


Melalui pengalaman hidup dan cinta saya sendiri, saya lebih mengenal dan belajar mengetahui baik buruk pasangan saya sekaligus menerimanya seadanya, baik buruknya. Bukanlah seperti sesetengah orang yang buta matanya melihat kebaikan semata-mata, dan apabila hubungan putus dipertengahan jalan, dia jadi seperti gila. Ini hanya akan menjadikan diri lebih terseksa dan sentiasa beremosi. Akhirnya, apabila hubungan yang saya jalin dl berakhir juga, ternyata saya berjaya mengawal diri saya dan meneruskan hidup. Malah, mendapat pujian rakan-rakan kerana saya lebih optimis dan bersikap positif dgn hidup saya sekarang. Alhamdulillah. Berkat sokongan, dorongan keluarga dan rakan-rakan dan doa saya kepada tuhan, saya berjaya menjalani hidup yang selesa sekarang walaupun pintu hati saya tertutup. Tetapi adakah tertutup, bermakna tidak terbuka lagi?



Dalam meneruskan frasa yang seterusnya, bermaksud jatuh cinta (tidak kira cinta pertama atau berkali-kali sudah), sudah tentu bermaksud pintu hati anda sudah mula terbuka. Tetapi, mungkin anda belum yakin, ”adakah saya membuka pintu hati saya kepada seseorang yang betul? Adakah dia akan menerima cinta saya?” apabila anda sudah mula menyukai, bermakna anda sudah membenarkan seseorang memasuki kehidupan anda, terutama masa-masa privasi anda. Manakan tidak, anda akan sentiasa teringatkan dia, bermimpikan dia sehinggakan mungkin anda akan selalu bercakap seorang diri kerana ingin praktis bagaimana anda mahu melafazkan perasaan anda. Namun, ada juga yang mengambil langkah lebih selamat, membiarkannya berlaku secara perlahan-lahan, dan membiarkan seseorang yang disukai itu mengetahui dengan sendiri. Tetapi sampai bila? Adakah betul taktik yang anda gunakan untuk memastikan dia mengetahui dan menyedari isi hati anda? Ada yang menggunakan langkah-langkah di bawah sebagai taktik:


1. Taktik slow-motion

Memberikan senyuman dan senyuman kepada seseorang yang disukai. Hanya memandang, menjeling dan merenung dari jauh. Tetapi sampai bila anda mahu melakukan begitu tanpa tindakan yang seterusnya yang boleh menyebabkan dia menyedari kehadiran dia adalah signifikan dalam hidup anda? Seharusnya anda pergi kepadanya dengan menegur dan memulakan perbualan. Ini bukan hanya untuk lelaki, tetapi juga untuk perempuan.

2. Sedikit agresif

Anda berpura-pura menjatuhkan buku atau menjatuhkan apa sahaja dengan harapan dia akan mengangkatnya untuk anda. Ini boleh mencetuskan perbualan dan mungkin unsur-unsur jenaka juga.

Disebabkan sekarang zaman IT, sebenarnya YM, IM, etc memang sgt penting terutama kepada yang malu untuk meluahkan isi hati. Komunikasi menggunakan internet ini juga somehow rather akan membuat seseorang itu lebih selesa, lebih mesra dan lebih rapat berbanding bertemu mata ke mata. Ada juga yang meluahkan isi hati melalui ini. Boleh memang boleh, tetapi make sure ada sequence selepas itu. For instance, keluar berjumpa. Tapi saya lebih selesa berteman kerana mungkin tidak menampakkan fitnah, etc.

3. Cara agresif.

Meluahkan terus isi hati. Mungkin kedengaran daring dan sgt berani, tetapi saya lebih menyukai cara begini. Sekiranya dia tidak sudi, maka ada masa lah untuk recover. Tetapi jgn terus menutup pintu hati kerana insyaallah, pasti ada seseorang yang lebih baik dan sesuai akan anda temui selepas itu. Yang penting, jangan putus-putus berdoa semoga diketemukan akhirnya dengan cinta sejati.


Namun begitu, ada persoalan yang timbul. Merujuk kepada salah seorang rakan saya, dia menyukai beberapa orang sebelum ini. Tetapi, no further action had been taken untuk membuatkan semua wanita itu sedar yang dia sudah mula jatuh cinta pada mereka. Apabila saya bertanya, mengapa jatuh cinta pada ramai orang, dia menyatakan, dia takut cintanya ditolak oleh seorang perempuan. Sekurang-kurangnya bila ditolak, dia masih boleh menaruh harapan kepada wanita lain in his list. Sebetulnya, hatinya sudah terbahagi kepada beberapa bahagian. Bila saya bertanya, sejauh mana dia menyukai wanita-wanita ini, dia terdiam sebentar dan menjawab, hanya dalam proses menyukai. Tetapi kerana benci cinta nya mungkin ditolak, maka dia menyukai beberapa orang sekaligus, kerana takut mengambil risiko. Hmm...saya tidak menafikan bahawa caranya memang selamat. Hilang satu, ada satu lagi. Tetapi, oleh kerana no action taken, bagaimana dia nak mengetahui perasaannya berbalas? Bagaimana kesemua wanita itu tak menaruh perasaan padanya sudah tentu kekecewaan dia berganda. Maka, saya mendesaknya supaya menunjukkan kelelakiannya yang sebenar dengan approach wanita yang paling dia sukai. Bagaimana caranya? Saya menyuruhnya menggunakan medium YM untuk memulakan langkah. Alhamdulillah, lama-kelamaan dia semakin rapat dengan wanita itu kini dan mungkin wanita itu sudah menyedari dan mungkin juga semakin menyukai rakan saya itu. Langkah mesti dibuat! Jika tidak, pintu hati yang terbuka itu hanya akan kosong tanpa penghuni dan mungkin akan tertutup rapat jika terlalu kecewa.


Ada pula rakan saya yang menyatakan, sekejap pintu hatinya terbuka, sekejap tertutup. Erk...?? macammana tu? Adakah dia serious dengan perasaannya? Apa yang saya boleh simpulkan, mereka seperti ini sebenarnya belum bersedia untuk menuju ke perhubungan yang serious. Tak mengapa, take your time. Love will come one time, but make sure you are ready for it. Jika tak, tendency untuk anda mengecewakan pasangan anda adalah sangat tinggi. Namun, jadikan kata-kata hikmah ini sebagai panduan bila pintu hati mula terbuka:


“Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.”



Bagaimana apabila pintu hati anda tertutup? Tertutup kerana putus cinta, atau tertutup kerana cinta ditolak? Hanya ingat satu perkara : jangan menangis kerana gagal dalam cinta, kerana manusia akan meninggalkan apa yg di cinta”. Sebenarnya, bukanlah tidak boleh menangis langsung. Saya juga menangis saat saya putus cinta, tetapi tangisan itu sepatutnya menjadi kekuatan kepada kita untuk memulakan kehidupan yang baru dan menjalani hidup yang lebih positif selepas itu, bukan memusnahkan kita. Tak terasakah kita sekiranya mengetahui bekas pasangan anda sedang bahagia dan berseronok dgn orang lain, tetapi kita disini menangisinya? Don’t waste your time! Hurt can heal, Cuma bagaimana anda membenarkan ia pergi dari anda. Satu perkara lagi, orang selalu menyatakan anda harus segera melupakan orang yang anda kasihi itu untuk menjalani hidup selepas ini. Pandangan peribadi saya, kita tidak perlu terlalu memaksa diri untuk melupakannya. Kerana apabila anda memaksanya, anda sebenarnya akan lebih mengingati dan merinduinya. Biarkan sekali-sekala anda teringatkan dia. Bukannya anda membenarkannya, tetapi fitrah manusia kan? Kadang-kala akan teringat memori lalu. But don’t take it too hard. Biarkan ia hanya lewat dalam fikiran anda sebentar, tanpa sebarang emosi yang keterlaluan, selepas beberapa ketika, ia akan hilang dan berlalu begitu sahaja. Bohonglah jika saya juga tak teringatkannya. Kadang-kala pasti teringat. Tetapi saya hanya membiarkannya lewat sebentar, dan ia akan berlalu begitu sahaja kerana tak guna jika saya bermain dengan emosi sedangkan saya sedang membiarkan diri saya menjalani hidup dengan sihat dan positif.


Satu lagi kata-kata hikmah buat yang tertutup pintu hatinya: Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. Jangan biarkan hati melayani perasaan yang duka. Pintu itu akan tertutup, tetapi jangan tertutup rapat. Biarkan cahaya memasukinya sedikit, dengan harapan cahaya itu membawa sinar yang lebih terang. Seperti jika kita menutup pintu bilik terlalu lama. Kerana terlalu lama, tiada cahaya matahari yang masuk dan bilik akan tentu berbau hapak. Sanggupkah anda tinggal di bilik hapak? Maaflah, sedangkan body odour pun saya tak lalu, apatah lagi bau bilik yang tidak menyenangkan. Jadi, biarkan ia terbuka sedikit, kelak cahaya yang sedikit akan menjadi banyak lama-kelamaan.


Ingatlah, Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. Maka berusaha agar pintu hati yang terbuka itu akan sentiasa terbuka dengan sinar bahagia dan ceria dalam hidup kita. Namun, jika tertutup, berikan ruang sedikit untuk hati anda bernafas supaya boleh bangkit dari kegagalan.


Saidina Ali k.w menyatakan: Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).” Maka ingatlah, Allah sentiasa menjadi pelindung dan kekasih kita yang paling agung. Sedikit pun DIA tidak akan membahagi-bahagikan cintaNYA kepada hamba-hambaNYA. Maka, sentiasalah ingat, kita masih punya cinta walaupun cinta sesama manusia belum atau tidak kesampaian.


Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.



Saturday, February 14, 2009

Kiroro - Best Friend!

This song is tribute to all my friends especially to those who always with me during my happy, sour, sad, excited, depress, etc. Thanks Friends! I will be always remember you guys, regardless where you are now.

Best Friend - Japanese Version

Mou daijoubu shinpai nai to
nakisou na watashi no soba de
itsumo kawaranai egao de
sasayaite kureta

mada mada mada yareru yo
datte itsu demo kagayaiteru

toki ni wa isogisugite miushinau
koto mo aru yo shikatanai
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta

anata no egao ni
nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best Friend .

Konna ni takusan no shiawase
kanjiru toki wa shunkan de
koko ni iru subete no nakama kara
saikou no purezento

mada mada mada yareru yo
datte itsu demo minna soba ni iru

kitto ima koko de yari togerareru koto
sonna koto mo chikara nikawaru
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta

minna no egao ni
nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best Friend

Toki ni wa isogisugite miushinau
koto mo aru yo shikatanai
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
anata no egao ni
nando tasukerareta darou
arigatou arigatou
Best Friend

Zutto zutto zutto Best Friend


Best Friend - English Version

I don't have to worry anymore, cause you will be by my side when I cry
You always smile at me
I am blessed because you always shine before me
Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

These plenty happiness that I felt at this moment
All the friends that I have here, you the best present
I am blessed because you always be by our side
Surely things that I have accomplished here, those things too give me strength (change to strength)
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
All of your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Always always always my Best Friend

Kucingku Suda Besar!

Saja nak tunjuk My Babies...They All memang sgt2 Kiutt...membuatkan saya sering mahu memeluk, mencium dan mengacau mereka apabila pulang kerumah. Walaupun saya kurang sihat sekarang ni, tp geramnya tgk dorang ni lagi mengatasi segalanya2...hehehe

Dey All tengah Main-main


Cute, isn't it?


Can i borrow your blue eyes? huhu


Saya Pemalu...^_^


Saya Agressive...@_^


Saya Sporty...@_@


Saya Chantek..ehek..=)


Saya Mamma Vogue....

Actually, sampai sekarang saya belum fikir nama for these kitten. Any ideas?hehe


Ada apa dengan kematangan?

Hari ini saya tidak kemana-mana memandangkan kesihatan saya masih tidak mengizinkan. Sejak saya terkena selsema khamis lepas, ia terus menjadi-jadi sehingga saya pun sudah terkena sakit "pakej". Yup, Demam, selsema dan batuk...saya tak begitu tahu tentang orang lain, tp antibodi saya memang agak lemah bila saya mula mendapati sakit "pakej" ini..huhuhu...Tapi tak mengapa, bukankah ia dapat menghapus dosa-dosa kecil? selagi kita tidak merungut dan redha dgn sakit itu, bukankah Allah akan merelakan dosa-dosa kecil berguguran dr kita..Kerana itu saya sgt jarang memakan ubat-ubatan doktor. Memang saya agak degil when it comes to medicine. ssh sgt-sgt nak makan ubat. Kalau sesiapa yang rapat dan mengenali saya, mmg sudah maklum akan ragam saya. Tapi dalam masa yang sama, saya tidak mahu terlalu memanjakan diri saya dengan ubat, nnt takut addicted.Oleh itu, alternatifnya ialah banyakkan memakan buah, sayur-sayuran dan juga selawat syifa'. Ya, selawat penawar. bukan sahaja penawar kesakitan, tetapi juga penawar hati yang sakit dan duka. Praktikkan dan amalkanlah, anda akn percaya dengan kata-kata saya kerana saya mengamalkannya sendiri. Subhanallah, hanya dengan kalimah2 Allah, mampu memberi kesegaran dan kesihatan yang bukan sedikit kepada hambaNYA.

Oleh kerana saya berada di rumah (kerana kebanyakan masa terutama weekend, saya akan habiskan di gym), ibu saya membuka mulut mengenai beberapa orang rakan sebaya saya yang akan menamatkan zaman dara mereka tahun ini. kebanyakan kad jemputan telah saya terima,ataupun kedua orang tua saya terima kerana sesetengahnya, ibu bapa mereka berkawan dgn ibu bapa saya. apabila ibu mula membuka mulut mengenai kahwin, saya sudah mula mengagak pasti tentang diri saya akan disentuh. and that's it! Ibu saya mula bercerita bahawa makcik2 dan orang-orang tua di kejiranan saya sibuk bertanya mengenai diri saya apabila ibu bapa saya menghadiri majlis perkahwinan di sekitar rumah kami atau sekitar Segambut. Sampaikan saya merasakan mereka ini busy body kerana sengaja menjadikan kisah saya yang belum pun berusia 25 tahun (yet to be 25), kisah sensasi kerana 95% gadis2 di kawasan ini yang sebaya saya telah pun berkahwin.

Saya lantas tersenyum, tapi senyuman yang sinis kerana saya sudah tidak larat utk menutup mulut orang bertanya itu dan ini kepada orang tua saya. Nak kata merisik saya, tak juga. Barangkali mungkin orang tua saya pn cuba mengelak dr saya dirisik anak rakan2 sendiri kerana saya pasti akan menolak mentah2 macam yg saya lakukan dl..huhuhu...yela, dl kan muda sgt. sekarang pun, takla kata tua, tp matang dan dewasa la sikit..=)...Tetapi saya msh berharap saya menemukan seseorang yang merupakan pilihan saya sdiri, bukan aturan orang tua. Bukanlah kata pilihan ibu bapa itu tak bgs, tp dunia kan dah berubah...Saya percaya ibu bapa saya pun bersetuju dgn saya. Sebab itu, saya menegaskan kepada ibu saya, beri masa sehingga saya menjangkau 27 tahun. sekiranya saya masih belum punya pilihan, maka saya serahkan kepada orang tua saya mengaturkan sesuatu untuk saya dan saya akan menerimanya dgn hati yang ikhlas dan redha.

Mengapa 27? Entah ya. saya merasakan umur itu merupakan waktu yang terbaik untuk saya kerana saya sudah menjadi matang dan mungkin sudah mula stabil. Dan juga, kerana saya ingin melihat ketujuh-tujuh adik beradik saya yang lain berjaya dan bekerjaya seperti saya sekaranag dahulu. Bukan senang nak melihat mereka menjadi manusia kerana keluarga saya besar dan ibu bapa saya tidak berharta. Jadi, saya merasakan adalah tanggungjawab saya untuk mendidik, menjaga dan menanggung pembelajaran dan pengajian adik-adik saya hingga mereka berjaya. Alhamdulillah, saya senang meilhat perkembangan adik-adik saya juga kerana mereka memahami situasi saya yang menanggung keseluruhan keluarga, maka mereka juga pandai berjimat cermat dan tidak terlalu bergantung harap pd saya. Pendek kata, mereka matang dengan cepat kerana kesusahan kami sejak kecil, mendidik kami menjadi lebih berguna dan lebih bertanggungjawab terhadap diri masing-masing.

Matang? apa ada dengan perkataan ini? Bila masa yang sesuai untuk dikatakan matang utk seseorang individu ini? dan adakah kematangan akan mempengaruhi kehidupan dan kualiti seseorang sebagai individu? Pertama sekali, matang selalu dikaitkan dengan usia. Pendapat saya, usia memang memainkan peranan yang penting utk seseorang cepat atau lambat menjadi matang. tetapi, dalam masa yang sama, perlu dilihat faktor disekelilingnya juga. terdapat banyak "push factor" yang akan membuatkan seseorang itu cepat atau lambat matang. contohnya, cara hidup keluarga, cara pergaulan, cara seseorang menangani masalah dan lain-lain. Saya pernah mempunyai seorang adik angkat dizaman sekolah dahulu dan baru-baru ini kami ditakdirkan bertemu semula di friendster. Akhirnya kami memutuskan utk berjumpa. So amazing! he looks matured than his age sedangkan dia muda 2 tahun dr saya. mendengar kisah-kisah hidupnya, menjadikan saya bersetuju mengapa dia boleh cepat matang berbanding rakan-rakan sebayanya. Dia menceritakan bgaimana dia merantau dr satu negeri ke negeri yang lain demi meneruskan hidup.Dan dengan keizinan dia, saya memotretkan kisahnya di dalam blog saya sebagai satu pengajaran hidup.

Asalnya, dia bukanlah datang dr keluarga yang susah. In fact, dr dl saya mengenalnya sebagai adik yang manja dan memang dilimpahi kemewahan hidup. tetapi setelah ibunya meninggal dunia kerana sikap ayahnya yang main perempuan dan akhirnya jatuh bankrap, membuatkan kehidupannya adik-beradik terumbang ambing. semasa ibunya meninggal, ayahnya langsung tidak memperdulikannya dan adik-adik yang lain kerana sedang mabuk cinta dgn seorang model yang saya tahu agak terkenal di KL dahulu. kalau saya sebut namanya, mesti ramai yang tahu walaupun sekarang dia dah tak berapa famous. tapi biarlah ia jadi rahsia. Akhirnya, apabila ayahnya diisyhtihar bankrap,perempuan itu pun entah kemana. selepas ibunya meninggal, dia dan adik2nya seramai 2 orang (altogether 3)dijaga oleh orang gaji yang setia dirumahnya walaupun di bayar gaji kurang dr sebelum ibunya meninggal. alasannya, dl jaga 4 orang, sekarang kena jaga 3 orang shj. lagipun, semasa arwah hidup, dia yang membayar gaji orang gaji ini. Arwah juga memiliki butik. Namun ditutup dan dijual kepada seseorang yang tak dikenali kerana tiada orang yang mahu meneruskannya. Saudara mara ibunya tidak mahu menerima mereka kerana kononnya menyusahkan. Kasihan, kerana datuk dan nenek sebelah ibunya juga telah meninggal. maka, segala urusan sekolah, rumahtangga diuruskan sendiri oleh orang gaji ini yang mereka anggap sebagai nenek mereka.

Semakin hari, ayahnya semakin lupa diri. hanya tak sampai 6 bulan ibunya meninggal, ayahnya diisytihar bankrap. And make it worse, ayahnya dipenjara kerana rasuah dan dadah. Astagfirullah! bayangkan anak-anak yang terbiar td. Saya sgt bersimpati kerana saya juga mengenali adik-adiknya. sekiranya saya tak lost contact dgn mereka selepas saya berpindah sekolah ke Sharodz, saya pasti akan membantu mereka apa yang terdaya. Nasib baiklah mereka anak-anak yang pintar. ketika saya berpindah sekolah, dia berada ditingkatan 2. adiknya yang kedua mendapat 4A dalam UPSR pd tahun sebelumnya dan dia mendapat 5A dalam PMR. bayangkan, dalam konflik keluarga begitu, dia masih menunjukkan kecemerlangan. saya pasti jika keluarganya tiada mslh, dia juga tanpa masalah boleh score 8A. Apabila ayahnya dipenjarakan, nasibnya semakin teruk. tiada seorang saudara-mara ayah atau ibunya mahupun nenek sebelah ayahnya mahu menerima mereka kerana memalitkan malu dimuka keluarga. sekiranya ayahnya yang bersalah, mengapa anak-anak yang dihukum? kasihan mereka! Hanya yang sudi 'memungut' mereka adalah orang gaji yang merangkap 'nenek' kepada mereka.

Mereka dibawa pulang ke kampung halaman nenek itu, di sebuah Felda di Pahang. Tapi sekali lagi, cabaran hidup mereka tak habis2 di duga. Saudara-mara nenek ini juga tak menyenangi mereka bertiga kerana menyusahkan nenek itu. walaupun begitu, nenek itu bertegas untuk menjaga mereka, menyekolahkan mereka dan mendidik mereka. Sayu saya mendengarnya apabila sejak mula dia bercerita, baru sekali ini saya lihat dia hampir menitiskan airmata jantannya. Mungkin kerena teringatkan pengorbanan nenek itu, menginsafkan dia sebagai manusia yang hanya menumpang kasih. Mereka bertiga disekolahkan di Felda itu. Adik angkat saya yang bertindak sebagai abg dan ketua keluarga sekarang. Namun, kedua orang adiknya nampaknya agak sukar dikawal. Mungkin kerana sudah biasa hidup senang dahulu, maka apabila banyak perkara yang di ingini tidak dapat dipenuhi nenek dan abgnya, membuatkan mereka memberontak dan melawan.

Dan apa yang ditakuti tentang gejala sosial anak2 Felda, akhirnya membawa sekali adik2nya hanyut dalam gejala sosial itu. Adiknya berkawan dengan kaki rempit, adik perempuannya hampir menjadi bohsia. Tetapi, setelah peristiwa adiknya hampir dirogol kawan2 rempit adik lelakinya sendiri, akhirnya menginsafkan adik-beradik ini. ketika itu, si abg br sahaja habis SPM dan dia tahu dia harus bekerja utk menyara mereka sekeluarga. Tak bolehla mengharapkan nenek tua itu sedangkan dia sudah terlalu byk berjasa dengan mereka adik-beradik.Akhirnya, dengan tekad mahu mengubah hidup mereka dan melepaskan diri dari belenggu kemiskinan, dia keluar dr Felda itu dgn meninggalkan adik-adiknya bersama nenek itu. Alhamdulillah, dengan kebolehan dia berbahasa Inggeris dan komputer, dia diterima bekerja sebagai receiptionist di salah sebuah hotel 5 star di Kuantan. Disini, bermula hidup yang mencabar utknya. kerana dia antara yang termuda dan disenangi majikan dan pelanggan hotel kerana fasih berbahasa Inggeris dan servisnya yang baik, dia dicemburui rakan sekerja yang lain dan akhirnya kerana fitnah, dia diberhentikan kerja. Kasihan! saya benar2 kasihan dengannya. Tetapi semangatnya kuat, setelah itu, rezeki tetap datang padanya. dengan menumpang lori ayam yang menuju ke Terengganu, dia mencuba nasib di Kuala Terengganu pula. Alhamdulillah,dia diterima bekerja di hotel 5 star juga sebagai penyambut tetamu. Bermula lah hidupnya dirantau orang. walaupun begitu, dia tidak lupa mengirim surat kepada adik-adik dan nenek di felda dan alhamdulillah, dia berjaya juga membeli sebuah handphone utk kegunaan adik-adik dan nenek di kampung, in case if sumthing happen.

Apabila keputusan SPM semakin hampir diumumkan, dia pulang mengambil cuti untuk mengambil keputusan SPM. Amazing! dalam kekalutan hidupnya, dia berjaya memperolehi 6A! hmm...saya bertanya bagaiman dia belajar. dia hanya tersenyum. katanya cukuplah Allah sebagai pelindung dan pemberi semangat kepadanya selama ini. Subhanallah! Saya pula yang menangis mendengarnya. Akhirnya, kejayaan nya menjadi pendorong yang sgt kuat kepada adik-adiknya untuk juga berjaya. Kisah hitam adik-adiknya pernah bergaul dgn mereka yang rosak, dibuang jauh2 dengan tekad utk memperbaiki hidup mereka. Disebalik pandangan serong orang kampung sejak dr mula mereka menjejakkan kaki di kampung itu, mereka tetap kuat demi nenek yang telah bersusah payah menjaga dan melindungi mereka. Adik perempuannya (yang ke-2) mendapat 7A dalam PMR dan adik nya yang ketiga menjadi antara pelajar tingkatan 2 yang menjadi harapan utk mendapat 8A dalam PMR. begitu lah doa anak2 yatim yang teraniaya. Hanya Allah lah sebaik-baik pelindung. Selepas keputusan SPM, dia kembali ke KT dan terus bekerja sebagai palayan tetamu. Tetapi, dia turut menanamkan azam utk menyambung pelajaran. Dengan pertolongan dan support majikannya, dia menyambung diploma disebuah kolej secara part time dalam bidang pengurusan, majoring in perhotelan. adiknya juga mendapat tempat di MRSM Dungun. Alhamdulillah! sejak itu bermula lah sinar bahagia utk mereka. Setalah dia menamatkan pengajian tahun lalu (early of 2008), dia dinaikkan pangkat di hotel itu dan ditukarkan ke hotel dicawangan Melaka. Selepas itu, dia tinggal di Melaka bersama-sama adik-adiknya dan nenek itu. Tetapi Allah lebih menyayangi nenek itu, dia dijemput Allah lebih kurang 7 bulan lepas. Adik angkat saya menyatakan, dia melihat betapa berseri-seri wajah nenek itu ketika pulang kerahmatullah dan betap jernihnya wajahnya. mungkin kerana gembira kerana mereka adik-beradik kini telah berjaya dan paling penting menjadi manusia.

Sebenarnya, arwah nenek selalu mengatakan kepada mereka, orang yang tidak belajar dari pengalaman dan kesusahan adalah orang yang bodoh dan rugi kerana mereka tidak mungkin akan menjadi matang dan dewasa dalam tindakan mereka. Memang betul! Kesusahan dan keperitan hidup mereka menjadikan mereka bertiga matang dengan cepat dan menjadi dewasa. Malah tindakan dan pemikiran mereka juga sangat berhati-hati dan tajam. Saya mmg salute kerana kini dia mampu hidup bahagia bersama adik-adiknya walaupun tanpa saudara mara yang meminggirkan mereka sejak kecil. Dan paling membahagiakan, apabila ditanya tentang ayah mereka, dia menjawab walau apa pun terjadi, dia tetap ayah mereka dan mereka tetap akan menerima ayah mereka selepas ayah mereka dibebaskan dr penjara. Ayah mereka masih ada lebih kurang 5 tahun hukuman,itupun sudah dikurangkan kerana berkelakuan baik. Mungkin kerana sudah betul2 insaf dgn perbuatan lampaunya yang sekaligus membuatkan anak-anaknya menderita menjadikannya insaf. Alhamdulillah...malah dia dan adik2nya akan sekali sekala menjenguk ayah mereka dipenjara. kini, adik angkat saya menjadi penolong pengurus di hotel itu juga dan sering mendapat award pekerja terbaik kerana service nya yang cekap dan rajin. Adik perempuannya kini UTEM, mengikuti engineering dan adik bongsunya di UPM, veterinar. Alhamdulillah, mereka betul2 belajar dari kehidupan. dan betul2 menjadikan mereka matang dengan kesusahan dan keperitan hidup.

Ia turut menginsafkan saya sebagai manusia yang sgt kerdil. sesusah-susah saya dl, sekurang-kurangnya saya masih ada keluarga yang melindungi dan menyokong saya, masih ada tempat utk tinggal dan tidak perlu meminta-minta utk sesuap nasi. Apabila saya memandang dia, saya dapat merasakan jauh dilubuk hatinya, dia sudah puas belajar dr kesusahan dan keperitan hidup lalu, dan saya pasti dia tidak akan membenarkan sesiapa pun merampas kehidupannya kini. apa yang dikatakan pada saya amat menyentuh hati saya, "akak, tiada siapa yang minta nasibnya jadi begini. tiada siapa yang mahu jadi susah. Tetapi, jika kita terlalu berasa cepat puas dgn apa yang kita ada sekarang dan leka dengannya, dah tentu Allah akan cabut nikmat hidup itu bila-bila masa shj. HIDUP mengajar saya erti MATANG dan DEWASA".

Jelas disini, terdapat banyak faktor yang akan mematangkan kita.Tetapi saya bersetuju bahawa asam garam melalui kehidupan yang sukar dan susahlah sebenarnya banyak mematangkan manusia. kadang kala, bila kita sudah berusia 25 tahun keatas, ada orang mengatakan seseorang itu mesti sudah matang. saya menyangkal nya berdasarkan pengalaman hidup saya sdiri. Lelaki, frasa kematangannya adalah lebih lambat dr wanita. Namun, tak dinafikan ia boleh menjadi cepat berdasarkan faktor2 lain, cthnya faktor kisah hidup adik angkat saya ini. Bagi saya, umur 25 tahun adalah usia SEDANG melalui frasa kematangan. saya mempunyai rakan-rakan terutama rakan lelaki. Wajah matured, maskulin, tetapi gaya pemikiran memang jauh kebelakang dibanding kan dengan saya. Malah ada sesetengah tindak tanduk mereka, saya kira memmang boleh memalukan diri mereka sdiri kerana tidak berfikir panjang menyebabkan orang memandang mereka sebagai seorang yang narrow minded. mereka bukan narrow minded, tp kerana kurang panjang akal, menjadikan sikap tidak matang mereka lebih menyerlah. Tetapi, perempuan pun begitu juga, terutama yang anak mak atau yang tak biasa hidup ssh. Itu lebih ssh utk dibentuk kerana lebih mengharapkan lelaki melakukan atau memutuskan apa shj utk mereka. Bahaya tu! takut bila dipermainkan, mereka langsung tak sedar kerana tidak mau berfikir dgn matang.Malah lebih teruk, orang akan mengatakan anda mengada-ngada.

Matang bukanlah sekadar usia, tetapi juga tingkah laku, cara bercakap dan pemikiran. malah, kadang2 sekecil-kecil benda seperti cara berjalan, cara berpakaian, cara makan dan minum dan lain-lain akan turut diperhati dan di 'judge' oleh org samada anda ini matang atau tidak. Adakah anda sudah MATANG? Tepuk dada, tanyalah minda anda!

Wednesday, February 11, 2009

Jodoh... Perlukah Dicari?

“Ala ibu, saya malas nak fikir lagi tentang kahwin. Kerja pun baru setahun dua, simpanan tak cukup lagi. Jadi buat apa nak kahwin cepat-cepat. Let it comes naturally. Lagipun, lelaki zaman sekarang ssh nak cari yang ada kualiti, pekerjaan stabil, kewangan stabil, itu belum masuk perangai masing-masing. Nantilah dulu fikir pasal kahwin!” itu jawapan ataupun alasan kebanyakan wanita bila ibu bapa dah sibuk bertanya tentang kahwin. Selalunya ibu bapa akan mula resah dan bertanya apabila anak dara nya dah menjangkau 23-24 tahun. Lebih hebat sekiranya anak dara dah mencecah 25 tahun tetapi belum ada calon atau pun pengganti bg yang pernah putus cinta.


“Hurm… bukan tak mahu berkahwin, tapi saya belum masih mencapai matlamat saya lagi. Banyak lagi yang saya perlu kejar, lagipun wanita Zaman sekarang kebanyakannya mengharapkan lelaki yang berkerjaya dan berkewangan stabil. Lagipun, tak susah nak mencari wanita idaman sekarang. Bukankah wanita sekarang nisbahnya lebih ramai dari lelaki? Cuma, mahu mencari yang berkualiti dan menepati ciri-ciri wanita idaman itu yang payah. Tak mengapalah. Lagipun, apa ada pada umur? Umur hanya sekadar nombor bukan? Tahun depan ibu dan ayah tanyalah lagi ya.” begitu pula jawapan yang diberi oleh si anak teruna. Bagi anak bujang pula, mungkin ibu bapa tak terlalu risau kerana mungkin benar kata-kata si anak tadi, nisbah wanita lebih ramai daripada lelaki. Tetapi benarkah ayat-ayat itu datang dr hatinya yang ikhlas ataupun sekadar alasan bg lelaki yang pernah putus cinta atau mengelak dari timbul soal jodoh?


Jika dilihat pada situasi semasa, agak tidak menghairankan sekiranya samada lelaki atau wanita belum berkahwin walaupun telah mencapai usia 30 tahun. Malahan, terdapat beberapa org ’senior’ saya di tempat kerja masih membujang walaupun berusia antara 31-36 tahun. Alasannya kerana sudah berada di ’comfort zone’ dan tak perlu sakit kepala hendak memikirkan org lain kecuali dirinya dan ibu bapa nya sahaja. Tapi tahukah kawan-kawan, bhw pahala mendirikan masjid itu sgt besar sehinggakan nabi menuntut supaya ummatnya berkahwin? Bahkan didalam hadisnya mengatakan, bukanlah kamu dr kalangan ummatku sekiranya kamu tidak berkahwin. Ini kerana ganjaran yang yang diperolehi selepas berkahwin, bukan kepalang besarnya, malahan melebarkan zuriat dan keturunan islam adam dan hawa di muka bumi. Cumanya, apabila masing-masing mula membuat kesalahan dan tidak pandai mengatur rumahtangga, maka lebih banyak yang menempah tempat ke neraka berbanding ke syurga. Oleh itu, logiklah mengapa senior-senior disekeliling saya tidak mahu berkahwin dan mempunyai pandangan yang skeptikal tentang perkahwinan. Bukan sahaja lelaki, malahan wanita.


Saya sendiri belum pun menginjak usia 25 tahun, tapi kerap diajukan pertanyaan oleh ibu bapa saya sekiranya saya mempunyai calon atau pilihan hati dan tidak mahukah saya mengakhiri zaman dara apabila menginjak 25 tahun? Secara jujur, siapa yang tidak mahu berkahwin apatah lagi sekiranya telah mempunyai pilihan hati? Tetapi secara jujurnya juga, saya tidak berselindung dengan orang tua saya bahawa bukan kerana saya tidak bersedia, tetapi kewangan saya belum pun kukuh dan saya belum betul-betul mempunyai pilihan hati walaupun saya berkawan dengan ramai orang. Mungkin kerana kegagalan percintaan saya yang lepas, menjadikan saya begitu berhati-hati dalam membicarakan soal cinta dengan lelaki sekarang ni apatah lagi memilih sebagai calon suami. Mungkin kerana kegagalan itu berpunca dr saya sendiri atau berpunca dr kedua belah pihak, tetapi yang pastinya saya perlu belajar dahulu dr kesilapan dan perhubungan lalu supaya saya lebih matang dan waras dalam membuat pertimbangan terutama bila membicarakan soal jodoh. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, bianasalah diri.


Namun, apa yang menjadi persoalan sekarang, betulkah kita hanya membiarkan jodoh datang kepada kita secara ’natural’ ataupun kita perlu berusaha mendapatkannya? Menurut rujukan pembacaan saya di dalam beberapa buah buku dan artikel, mmg Allah telah menjanjikan dan menentukan jodoh setiap orang. Tetapi tidak bermakna kita tidak berusaha untuk mencarinya. Kadangkala Allah menemukan kita dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dgn insan yang terbaik utk kita. Dan pengalaman lah guru terbaik utk seseorang memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik. Begitu juga halnya dalam soal mencari jodoh. Sesetengah orang merasakan saat putus cinta bgaikan saat menghadapi kematian. Memang, putus cinta terlalu menyakitkan tetapi adalah lebih menyakitkan sekiranya kita tidak merelakan cinta itu pergi sedangkan ia telah pun bukan milik anda. Apa yang penting, adalah meneruskan hidup, menjadikannya sebagai titik tolak kepada perubahan sikap dan peribadi (dr negatif kepada positif) dan mencari cinta baru. Jangan terlalu mengaharapkan cinta akan datang bergolek kepada anda terutama kepada yang mempunyai rupa paras yang menawan dan kacak (good looking). Hanya kerana anda mempunyai pakej, maka anda perasan bahawa pasti ada yang tergila-gilakan anda. Ya, mungkin! Kerana anda menerima sahaja sesiapa didepan mata tanpa memberi pertimbangan dan peluang kepada diri anda untuk mengenali lelaki/wanita itu dengan lebih mendalam. Sedangkan mungkin ada yang jatuh cinta dengan anda kerana fizikal anda sahaja tanpa mengenali siapa anda. Tetapi akhirnya, anda akan menyesali sdiri perbuatan anda kerana terlalu gopoh menerima cinta baru dan merasakan diri terlalu bertuah kerana sering menjadi perhatian jantina berlawanan anda. Awas! Kerana orang begini kebanyakannya lebih sukar menemukan jodoh mereka berbanding yang berusaha tetapi tidak gopoh dan membuat pertimbangan lebih mendalam.


Tetapi, apa yang saya ingin tekankan adalah salah sekiranya kita mengatakan jodoh tidak perlu dicari. Okla, saya beri satu situasi. Anda berada di satu majlis harijadi rakan anda, dan anda berkenalan dengan ramai org. Setelah majlis tamat, dan seorang lelaki/wanita merapati atau membuat panggilan/sms kpd anda mengatakan dia mahu mengenali anda dengan lebih mendalam, bukankah itu titik permulaan mencari cinta/jodoh? Lebih elok bermula dengan menyahut salam perkenalan itu kerana kita tidak tahu samada dia benar-benar sesuai dgn kita, tetapi apabila sampai ke satu tahap atau ketika, apabila anda telah benar-benar pasti dengan perasaan anda terhadap lelaki/wanita itu, jangan pula terlalu bermain tarik tali atau jual mahal. Ini bukanlah seperti zaman dulu. Anda bermain jual mahal, orang kata saham tinggi. Tetapi di zaman ini, anda terlalu berjual mahal, orang akan mengatakan anda terlalu ’high taste’ dan akibatnya anda akan di pinggirkan. Sekiranya anda merasakan serasi dengannya, luahkan bhw anda bersedia utk ke tahap yang seterusnya. Sekiranya tidak, maka kekalkan seperti dulu dan bertegas dgnnya agar tidak memberikan harapan kepada mana-mana pihak. Seperti artikel yang lepas dalam 3 kesilapan besar selepas putus cinta, jangan mula mengada-ngada untuk memulakan perhubungan cinta dgn terburu-buru. Lebih cepat lebih bgs. Itu lebih menjerat diri sendiri. Sebaiknya, beri masa utk diri sendiri, sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih. Tetapi jangan bataskan pergaulan anda. Anda boleh berkawan dgn seramai mana yang anda mahu. Bukan kah anda bebas? Iya, BEBAS! Maka gunakan tiket itu dengan sebaik-baiknya sehingga anda bertemu cinta yang seterusnya yang mana insyaallah cinta yang bakal membawa anda ke jinjang pelamin.


Ingat! Jangan menggunakan alasan anda bercinta semula dalam masa yang singkat selepas putus cinta hanya kerana anda ingin membuktikan sesuatu kepada ex anda. Ia bukanlah sesuatu yang sihat atau baik. Malah, ia akan lebih menimbulkan konflik dlm diri anda dan akhirnya anda sdiri akan merasa tertekan dgn tindakan sdiri. Mungkin dalam masa yang sama anda sedang mempermainkan perasaan pasangan baru anda kerana memberikannya harapan padahal mungkin pasangan anda sudahpun jatuh cinta pada anda. Bagi saya, anda akan lebih dilihat sebagai seorang yang tidak bermoral kerana mementingkan perasaan sdiri dan menghancurkan perasaan orang lain. Kesudahannya, tiada pihak yang akan berasa gembira dan bahagia. Malah, ’sesuatu’ yang ingin anda buktikan kepada bekas kekasih anda pula yang akan terlontar kembali ke muka anda kerana fikiran senteng anda. Seharusnya, pengalaman menjadikan kita dewasa dan matang, dan bukannya menjadikan kita seperti ’senget’. Biarlah jodoh datang perlahan-lahan, tidak mengapa. Asalkan kita mencari dan kita tidak memaksa diri utk menerimanya. Itu yang terbaik.


Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan yang jika ada jodoh, tidak kemana. Walaupun anda mungkin telah terputus hubungan atau putus cinta dengan bekas kekasih anda selama bertahun-tahun, namun kerana takdir Allah, maka ada ikatan yang terjalin semula dan berakhir dengan perkahwinan. Bukti di hadapan mata saya, Alhamdulillah, ada yang bahagia walaupun mereka pernah memutuskan percintaan mereka di pertangahan jalan. Tetapi, bak kata orang, pengalaman mengajar dan merubah seseorang. Namun, cinta sejati tak mungkin mati. Mungkin kerana mereka ini telah berjaya membuktikan perubahan dalam diri masing-masing dan menerima pasangan mereka seadanya, maka cinta itu dpt dijalin semula dan berbahagia di alam perkahwinan. Tapi, tak kurang juga yang menyambung kembali dan berkahwin, tetapi bercerai juga. Mungkin kerana masih tidak belajar dari kesilapan dan pengalaman lalu, malah nafsu cinta itu lebih menguasai diri, maka perkahwinan yang dibina bukan kerana Allah, tapi kerana sayangkan individu itu sdiri. Nauzubillah! Kita hanya mengimpikan perkahwinan sekali seumur hidup sahaja, maka buatlah pertimbangan dengan bijak dan berlandaskan kasih sayang kerana Allah, bukan kerana nafsu. Saya juga sedang mengingatkan diri saya sdiri supaya berhati-hati dalam percaturan cinta dan jodoh apatah lagi pengalaman putus cinta saya sebelum ini terlalu menyakitkan.


Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Ia menyedarkan saya bahawa kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Percayalah, sesiapa jua berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri. Asalkan kita tidak berputus asa mencari cinta itu. Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya. . Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu, anda akan berterima kasih kepada individu yang telah membuka mata hati anda kerana percaya jodoh itu perlu dicari. Orang kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.


Pepatah Inggeris ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut. Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walaupun datang cinta lain kemudiannya. Namun, saya menyangkal pendapat ini. Perjalanan hidup saya sendiri membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagi saya, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati…


 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space