Saturday, February 21, 2009

Bila pintu hati terbuka dan tertutup.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

[Al-Baqarah:216 ]



Apakah yang kita faham tentang firman Allah di atas dan sejauh mana kita menghayati dan mengambil iktibar di atas ayat Allah di atas? Ia bukanlah dtg dr hadis nabi, mahupun mana-mana kata hukama’, tetapi dr Kalam Allah, yang kita baca dan pegang isi kandungannya sehari-hari. Siapalah kita untuk mengatasi ketentuan Allah tentang hati dan perasaan. Cinta boleh datang dan pergi, tp adakah ia sesuatu yang baik atau buruk bagi diri kita? Cinta bisa menjadi penawar dan perasaan paling indah paling dirasakan dlm kehidupan kita, tp cinta juga mampu memberi 1001 penyeksaan dan kelukaan paling mendalam dan berbekas dlm diri kita. Namun begitu, seperti firman Allah di atas, siapalah kita untuk menolak takdir sekiranya kita tak bertemu dengan cinta sejati setelah 2,3 kali mencuba? Itu hanya dugaan Allah, part of life journey, kerana cinta membuka frasa hidup baru didalam hidup seseorang, sekaligus mematangkan manusia.


Melalui pengalaman hidup dan cinta saya sendiri, saya lebih mengenal dan belajar mengetahui baik buruk pasangan saya sekaligus menerimanya seadanya, baik buruknya. Bukanlah seperti sesetengah orang yang buta matanya melihat kebaikan semata-mata, dan apabila hubungan putus dipertengahan jalan, dia jadi seperti gila. Ini hanya akan menjadikan diri lebih terseksa dan sentiasa beremosi. Akhirnya, apabila hubungan yang saya jalin dl berakhir juga, ternyata saya berjaya mengawal diri saya dan meneruskan hidup. Malah, mendapat pujian rakan-rakan kerana saya lebih optimis dan bersikap positif dgn hidup saya sekarang. Alhamdulillah. Berkat sokongan, dorongan keluarga dan rakan-rakan dan doa saya kepada tuhan, saya berjaya menjalani hidup yang selesa sekarang walaupun pintu hati saya tertutup. Tetapi adakah tertutup, bermakna tidak terbuka lagi?



Dalam meneruskan frasa yang seterusnya, bermaksud jatuh cinta (tidak kira cinta pertama atau berkali-kali sudah), sudah tentu bermaksud pintu hati anda sudah mula terbuka. Tetapi, mungkin anda belum yakin, ”adakah saya membuka pintu hati saya kepada seseorang yang betul? Adakah dia akan menerima cinta saya?” apabila anda sudah mula menyukai, bermakna anda sudah membenarkan seseorang memasuki kehidupan anda, terutama masa-masa privasi anda. Manakan tidak, anda akan sentiasa teringatkan dia, bermimpikan dia sehinggakan mungkin anda akan selalu bercakap seorang diri kerana ingin praktis bagaimana anda mahu melafazkan perasaan anda. Namun, ada juga yang mengambil langkah lebih selamat, membiarkannya berlaku secara perlahan-lahan, dan membiarkan seseorang yang disukai itu mengetahui dengan sendiri. Tetapi sampai bila? Adakah betul taktik yang anda gunakan untuk memastikan dia mengetahui dan menyedari isi hati anda? Ada yang menggunakan langkah-langkah di bawah sebagai taktik:


1. Taktik slow-motion

Memberikan senyuman dan senyuman kepada seseorang yang disukai. Hanya memandang, menjeling dan merenung dari jauh. Tetapi sampai bila anda mahu melakukan begitu tanpa tindakan yang seterusnya yang boleh menyebabkan dia menyedari kehadiran dia adalah signifikan dalam hidup anda? Seharusnya anda pergi kepadanya dengan menegur dan memulakan perbualan. Ini bukan hanya untuk lelaki, tetapi juga untuk perempuan.

2. Sedikit agresif

Anda berpura-pura menjatuhkan buku atau menjatuhkan apa sahaja dengan harapan dia akan mengangkatnya untuk anda. Ini boleh mencetuskan perbualan dan mungkin unsur-unsur jenaka juga.

Disebabkan sekarang zaman IT, sebenarnya YM, IM, etc memang sgt penting terutama kepada yang malu untuk meluahkan isi hati. Komunikasi menggunakan internet ini juga somehow rather akan membuat seseorang itu lebih selesa, lebih mesra dan lebih rapat berbanding bertemu mata ke mata. Ada juga yang meluahkan isi hati melalui ini. Boleh memang boleh, tetapi make sure ada sequence selepas itu. For instance, keluar berjumpa. Tapi saya lebih selesa berteman kerana mungkin tidak menampakkan fitnah, etc.

3. Cara agresif.

Meluahkan terus isi hati. Mungkin kedengaran daring dan sgt berani, tetapi saya lebih menyukai cara begini. Sekiranya dia tidak sudi, maka ada masa lah untuk recover. Tetapi jgn terus menutup pintu hati kerana insyaallah, pasti ada seseorang yang lebih baik dan sesuai akan anda temui selepas itu. Yang penting, jangan putus-putus berdoa semoga diketemukan akhirnya dengan cinta sejati.


Namun begitu, ada persoalan yang timbul. Merujuk kepada salah seorang rakan saya, dia menyukai beberapa orang sebelum ini. Tetapi, no further action had been taken untuk membuatkan semua wanita itu sedar yang dia sudah mula jatuh cinta pada mereka. Apabila saya bertanya, mengapa jatuh cinta pada ramai orang, dia menyatakan, dia takut cintanya ditolak oleh seorang perempuan. Sekurang-kurangnya bila ditolak, dia masih boleh menaruh harapan kepada wanita lain in his list. Sebetulnya, hatinya sudah terbahagi kepada beberapa bahagian. Bila saya bertanya, sejauh mana dia menyukai wanita-wanita ini, dia terdiam sebentar dan menjawab, hanya dalam proses menyukai. Tetapi kerana benci cinta nya mungkin ditolak, maka dia menyukai beberapa orang sekaligus, kerana takut mengambil risiko. Hmm...saya tidak menafikan bahawa caranya memang selamat. Hilang satu, ada satu lagi. Tetapi, oleh kerana no action taken, bagaimana dia nak mengetahui perasaannya berbalas? Bagaimana kesemua wanita itu tak menaruh perasaan padanya sudah tentu kekecewaan dia berganda. Maka, saya mendesaknya supaya menunjukkan kelelakiannya yang sebenar dengan approach wanita yang paling dia sukai. Bagaimana caranya? Saya menyuruhnya menggunakan medium YM untuk memulakan langkah. Alhamdulillah, lama-kelamaan dia semakin rapat dengan wanita itu kini dan mungkin wanita itu sudah menyedari dan mungkin juga semakin menyukai rakan saya itu. Langkah mesti dibuat! Jika tidak, pintu hati yang terbuka itu hanya akan kosong tanpa penghuni dan mungkin akan tertutup rapat jika terlalu kecewa.


Ada pula rakan saya yang menyatakan, sekejap pintu hatinya terbuka, sekejap tertutup. Erk...?? macammana tu? Adakah dia serious dengan perasaannya? Apa yang saya boleh simpulkan, mereka seperti ini sebenarnya belum bersedia untuk menuju ke perhubungan yang serious. Tak mengapa, take your time. Love will come one time, but make sure you are ready for it. Jika tak, tendency untuk anda mengecewakan pasangan anda adalah sangat tinggi. Namun, jadikan kata-kata hikmah ini sebagai panduan bila pintu hati mula terbuka:


“Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.”



Bagaimana apabila pintu hati anda tertutup? Tertutup kerana putus cinta, atau tertutup kerana cinta ditolak? Hanya ingat satu perkara : jangan menangis kerana gagal dalam cinta, kerana manusia akan meninggalkan apa yg di cinta”. Sebenarnya, bukanlah tidak boleh menangis langsung. Saya juga menangis saat saya putus cinta, tetapi tangisan itu sepatutnya menjadi kekuatan kepada kita untuk memulakan kehidupan yang baru dan menjalani hidup yang lebih positif selepas itu, bukan memusnahkan kita. Tak terasakah kita sekiranya mengetahui bekas pasangan anda sedang bahagia dan berseronok dgn orang lain, tetapi kita disini menangisinya? Don’t waste your time! Hurt can heal, Cuma bagaimana anda membenarkan ia pergi dari anda. Satu perkara lagi, orang selalu menyatakan anda harus segera melupakan orang yang anda kasihi itu untuk menjalani hidup selepas ini. Pandangan peribadi saya, kita tidak perlu terlalu memaksa diri untuk melupakannya. Kerana apabila anda memaksanya, anda sebenarnya akan lebih mengingati dan merinduinya. Biarkan sekali-sekala anda teringatkan dia. Bukannya anda membenarkannya, tetapi fitrah manusia kan? Kadang-kala akan teringat memori lalu. But don’t take it too hard. Biarkan ia hanya lewat dalam fikiran anda sebentar, tanpa sebarang emosi yang keterlaluan, selepas beberapa ketika, ia akan hilang dan berlalu begitu sahaja. Bohonglah jika saya juga tak teringatkannya. Kadang-kala pasti teringat. Tetapi saya hanya membiarkannya lewat sebentar, dan ia akan berlalu begitu sahaja kerana tak guna jika saya bermain dengan emosi sedangkan saya sedang membiarkan diri saya menjalani hidup dengan sihat dan positif.


Satu lagi kata-kata hikmah buat yang tertutup pintu hatinya: Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. Jangan biarkan hati melayani perasaan yang duka. Pintu itu akan tertutup, tetapi jangan tertutup rapat. Biarkan cahaya memasukinya sedikit, dengan harapan cahaya itu membawa sinar yang lebih terang. Seperti jika kita menutup pintu bilik terlalu lama. Kerana terlalu lama, tiada cahaya matahari yang masuk dan bilik akan tentu berbau hapak. Sanggupkah anda tinggal di bilik hapak? Maaflah, sedangkan body odour pun saya tak lalu, apatah lagi bau bilik yang tidak menyenangkan. Jadi, biarkan ia terbuka sedikit, kelak cahaya yang sedikit akan menjadi banyak lama-kelamaan.


Ingatlah, Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. Maka berusaha agar pintu hati yang terbuka itu akan sentiasa terbuka dengan sinar bahagia dan ceria dalam hidup kita. Namun, jika tertutup, berikan ruang sedikit untuk hati anda bernafas supaya boleh bangkit dari kegagalan.


Saidina Ali k.w menyatakan: Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).” Maka ingatlah, Allah sentiasa menjadi pelindung dan kekasih kita yang paling agung. Sedikit pun DIA tidak akan membahagi-bahagikan cintaNYA kepada hamba-hambaNYA. Maka, sentiasalah ingat, kita masih punya cinta walaupun cinta sesama manusia belum atau tidak kesampaian.


Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.



0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space