Saturday, April 10, 2010

Mencari satu kepastian...

Bismillahirrahmanirrahim...

Kasihan sungguh blogku yang tersayang. lama tak update, malahan lama tak menjenguk. Nampaknya bukan kerana tiada masa, tetapi disiplin diri yang merosot! Hmmm....

Tapi, dah alang2 menjenguk, aku tahu aku harus mencoretkan sesuatu didalamnya. I'm planning to open new blog, which contains more educational and motivational quotes, but in islamic way. Tak tahu samada akan mendapat sambutan, akan dibaca dan akan di comment, tapi aku merasakan diri aku sebenarnya mencari sesuatu yang lebih dari sekarang. Ya, mungkin kerana aku berada di Kertih, which the environment is less social, lots of positive aura and activities eventhough the cost of living is more or less like in KL. Kerana itulah aku merasakan diri aku sebenarnya dah lama agak jauh dari tuhan. Agak lama tak ke masjid/surau kecuali musin Ramadhan kerana solat tarawih berjemaah, agak lama tidak menghadiri majlis ilmu sedangkan di sini bukanlah susah sangat untuk mencari sebenarnya dan sudah lama meningglkan talaqi, iaitu kelas perkongsian dan tasmik bersama2 guru taranum ku dan rakan2. Rindu rasanya bila mengingati kali terakhir aku ke kelas Ustaz Hj Rahim, antara guru taranum tersohor di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, serta rindu utnuk bertasmik dan mendengar alunan2 indah dan merdu taranum dari rakan2 seperjuangan, i.e. Kak Malina, Kak Ila (Sh Khasif Fadzillah), Kak Noorhasliza, Kak Yam, Suhaiza, adik Muhammad, Ustaz Anuar yang kelakar, Amirrahman, Ustaz Nik, Ustaz Wan, etc. Arghhh... terlalu ramai. belum lagi campur anak2 muda yang tidak berapa ku kenali di dalam kumpulan ini. Aku kagum kerana walaupun semakin sukar menjumpai anak2 muda yang benar2 kaki masjid, tidak malu di label alim atau konservatif, tapi masih ada yang mahu mempelajari dan mendalami taranum Al-Quran. Tidak seperti kalangan anak2 mudi sekarang yang lebih cenderung ke arah hiburan dan nyanyian yang melalaikan, kalau dapat aku senaraikan: AF, Malaysian Idol, OIAM, Mystarz LG, gangstarz, mentor, Idola Kecil, Bintang RTM, dan pertandingan kugiran, indie, band, etc yang seberapa popular yang ditayangkan di kaca TV. Itu belum lagi rancangan2 karaoke yang begitu luas di adakan di mana2.

Yang menjadi sesalan, ibu bapa kini sangat menyokong anak2 menjadi idola2 tak kemana ni! astaghfirullahala'zim. Ya Allah, aku bermohon kepadamu, kurniakanlah aku jodoh yang baik, keturunan yang baik dan mentaati perintahMU Ya Allah. Aku tak menafikan, aku juga agak leka dengan rancangan hiburan terutamanya American Idol (maaf, aku tidak meminati satu rancangan realiti atau hiburan di Malaysia walau satu pun), malah kadangkala aku akan keluar berkaraoke dengan rakan2 perempuan aku kerana ketagihkan jamming nasyid. Tapi, lama kelamaan, aku semakin risau dengan diri sendiri. Inikah yang aku mahu? Inikah yang aku hajati? Apakah yang akan jadi padaku sekiranya ia berterusan? Sesatkah aku? Makin jauhkah aku dariMU? kenapakah aku hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam membaca kalamMU, tapi aku tahan melalak berjam2 lamanya? Ya Allah, bantulah aku Ya Allah, aku perlukan makanan rohani, perlukan santapan iman, batulah aku Ya Allah! Berilah aku kekuatan untuk membinanya, bukan menunggu orang membantu membinanya! Aku terjumpa satu quotedi dalam iluvislam.com ketika sedang asyik membaca wakalah, jurnal dan artikel2 yang ditulis didalamnya. Seorang sahabat menulis, "kekuatan x boleh ditunggu, tapi perlu dibina." Masyaallah, terasa lemahnya diriku. Mungkin aku kelihatan kuat, tapi sebenarnya...?

Semua orang mengatakan aku seorang yang friendly, tak penah aku jumpa orang yang mengatakan aku seorang yang introvert. Yes, I am a dominant extrovert! Tapi, terkadang aku berfikir, tidakkah aku memusnahkan dan memalukan diri sendiri kerana terlalu lose dalam menjaga batasan ukhuwah dengan bukan mahramku? Benar, aku punya terlalu ramai rakan lelaki. Malahan aku seorang yang easy going, mudah diajak untuk melakukan aktiviti terutamanya outdoor and extreme activities as those really my passion. But somehow, dalam hatiku, haiku tak dijengah kepuasan yang maksima. Aku seperti mencari sesuatu lagi. Setalah itu, aku mengkaji apa sebenarnya kekurangan dalam diriku yang aku harus bertindak drastik dan cepat, dan aku terkejut tatkala aku menerima jawapan yang sebenarnya, aku perlukan ALLAH. Seperti ku katakan di awal post ini, aku kekurangan makanan rohani, maksudnya hatiku semakin mengeras dan hitam. Ya Allah, hidupku, ibadahku hanya untukMU Ya Allah...Benarkanlah diriku berlari semula kepadaMU, janganlah kau jauhkan aku dariMU Ya Allah, pimpinlah aku Ya Allah...

Aku menceritakan konflik di dalam diri ini kepada seorang rakan baik. Dia merasakan aku tidak seorang teruk, tidak langsung! Itu kata dia, seorang insan dan rakan yang melihatku secara fizikal, bermusim dan tidak 24/7. Hakikatnya, aku merasa jauh dariNYA sehingga aku menemui jawapan yang sebenarnya yang aku hanya memerlukan DIA. Kerana, bukti kekuasan, kasih sayang dan cintaNYA padaku, ada doa2ku yang mula dimakbulkan DIA usai aku menunaikan umrah, DIA menjauhkan aku dari lelaki yang bukan jodohku, melindungiku dari musibah tatkala orang lain ditimpa, DIA menunjukkan dan memberikan yang terbaik buat diriku, malah DIA mempertemukan insan2 yang baik dan beriman. Apabila mengingatkan diriku malu dan segan kerana dilabel 'ustazah' atau 'qariah', aku beristighfar. Mengapa harus malu? Kerana penampilan ku tidak seperti itu most of the times kah yang membuatkan aku tidak mahu menerima panggilan yang baik itu? Ya Allah, aku bermohon kepadaMU agar kau keluarkan aku dari kebinasaan. Terima panggilan itu seadanya kerana ada baiknya panggilan2 itu jika dilihat secara positif. Aku akan lebih menjaga adab, penampilan dan tuturkata ku agar tidak keterlaluan, menampilkan ciri2 muslimah, dan mungkin aku akan beroleh jodoh yang baik dengan cara ini. aku percaya dengan firmanMU, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, dan begitu juga sebaliknya. Apapun tuhanku, aku bersyukur kerana KAU memberikanku hidayah di kala aku tercari2 dan memberiku kekuatan membuang dan melupakan kisah2 cinta silam ku yang mencarik perasaan dan melukakan hatiku. CintaMU adalah cinta yang sebenar dan teragung. Amin ya rabbal a'lamin. Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space