Saturday, April 10, 2010

11 azam Rahimah di tahun 2010.

Kelakar pula rasanya, baru nak post new goal after 4 months since new year. huhuhu... Tapi rasanya it's better than nothing kan? Sekuarang2nya, aku masih boleh keep track dan memastikan aku mengotakan setiap aspirasi atau azam yang telah dibuat. Antara azam yang diharapkan terlaksana tahun ini:

1. Menjadi pekerja yang lebih cemerlang dr FY 09/10 - Kalau dulu, asyik fikir M3, tapi apa salahnya tahun ni to avoiddream big sedikit kan? At least diri akan sentiasa ada motivasi untuk memperbaiki diri dan bekerja kerana Allah :)
2. Buat simpanan lebih banyak dari tahun lepas - bukan setakat untuk emergency fund, tapi jugak untuk marriage fund *_*
3. Lebih banyak menghadiri majlis2 ilmu, membeli dan membaca buku2 agama dan 'melepak' di masjid/ surau :D
4. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis dengan lebih kerap.
5. Beli mountain bike - stamina itu penting!
6. Berjalan2 ke Bandung - Insyaallah ke sana this end of April ;)
7. Beli raket squash dan bermain secara serious dan konsisten - since sudah tidak lagi ke gymthis would be the best option to maintain stamina and weight. Raket pun dah beli! (",)
8. Pursue study in ACCA. Insyaallah June/ July registration.
9. Bertemu calon suami tahun ini - nampaknya kena pakai match maker @_@
10. Aktif dalam aktiviti2 outdoor, i.e. kayaking, hiking, water rafting, biking - Be a natural lover.
11. Beli rumah (azam dari tahun lepas, but since it's long term and big decision, beberapa faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan. harap2 dapat peluang tahun ni ^_^)

Ada juga beberapa perkara sampingan yang aku harap dapat aku lakukan sekiranya punya masa dan duit:

1. Mempelajari taranum secara extensive - Dah jarang balik KL, susah nak ikut talaqi di masjid KLCC dengan Ustaz Rahim, so maybe perlu ke KT mencari guru.
2. Kalau ada duit lebih, nak juga rembat Nikon D90 :)
3. menunaikan umrah June 2011 - Semoga harapan dan doa aku dimakbulkan dan dapat membawa ibubapa serta rakan2. Bagus juga aim awal2, ada determination nak pergi :D

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space