Wednesday, March 7, 2012

Good bye 2011, hello 2012!!

Bismillahirrahmanirrahim….

Subhanallah, pejam celik, pejam celik rupa-rupanya dah setahun tak update blog!!! Time flies so fast….. reality nya, aku bukanlah seorang yang begitu rajin atau tegar dalam memblogging. Tapi aku tetap rindukan saat2 ketika aktif memblogging. Sebenarnya, blogging lebih memberi kepuasan untuk aku dimana aku boleh berkarya ttg diriku dan mencurahkan isi hati. Sesetengah org suka utk menyampaikan dalam bentuk karya penulisan cerpen, sajak, syair atau lebih senang terus menjadi penglipur lara atau hanay bercerita kepada kawan2 yang boleh dipercayai. Kan mudah begitu! Tapi…. Jauh disudut hati, aku masih merindui saat berblogging dan berharap kepuasan berblogging masih aku dapat nikmati seperti dulu. Malahan, inilah sahaja diari hati ku yang masih tinggal…yang boleh ku jadikan simpanan dan bacaan di saat aku sunyi atau keseorangan nnt. Pasti aku sendiri akan tergelak dan mengutuk diri sendiri melihat bait2 bahasa yang kugunakan dan kutaip. Tak dinafikan, blog ku adalah open blog, and that’s mean everybody can reach my blog, to read every each of my words, feelings and etc, but if I still keep it low, especially when I am not an active blogger, aku percaya tak ramai yg akan perasaan kewujudan blog ku, oleh itu dalam masa yang sama aku masih mampu menyimpan catatan online diary ku dr bacaan mereka yang tak ku kehendaki….huhuhu.

Goodbye 2011, hello 2012………memang betul2 aku melambaikan perpisahan pada 2011 memandangkan dh lebih setahun aku x mengupdate blog ku walaupun sesekali aku masih menyinggah. Masih adakah ruang untuk berluahan hatta sebulan sekali?? Let’s time reveal it.

Kerjaya

Alhamdulillah, kerjaya aku pada tahun 2011 begitu memuncak. Ini kerana azam aku untuk tahun 2011 adalah untuk member focus yang sepenuhnya terhadap kerjaya ku dan aku Berjaya tanpa sekelumit distraction from other things. Aku tetap jatuh hati pada tahun 2011, tapi ia semua bagaikan angin lalu shj. I prove myself I can excel in my career and I am happy because finally I make my family proud of me! Walaupun aku terlalu kerap travel and outstation, sesekali merungut kepenatan, tapi aku tetap puas kerana disitulah my work and self satisfaction. Boss semakin mempercayai kemampuanku and I am heading the biggest section in my dept which is Financial &Operation Accounting. I would say this is the biggest challenge so far as suddenly there are so many people reporting under me and of course PPA time is the biggest headache! Hehe. Tapi aku terima dgn redha dan senang hati kerana aku ingin kan lebih banyak pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Terus terang, aku sgt tidak menyukai Operation Accounting kerana area inilah yang aku telah cuba elakkan the moment I was at KL. And because they offered me to be at CAPS, I declined the offer and decided to take offer from PGB to be in kertih. Alhamdulillah I never regret the decision. Cuma….itulah…jangan tak suka, nnt dapat. Itu lah yang berlaku pada aku sekarang. So I really have hard times and struggling to learn about this area. But I have to because I have no choice and I take this up as a challenge to me. Insyaallah, aku akan cuba bertahan. Tapi aku masih menyukai portfolio Financial Accounting and always feel good about it especially if I completed the tasks related to Financial Accounting. Alhamdulillah, di situlah terletak kepuasan aku dalam bekerja walaupun terpaksa meluangkan lebih 8 jam sehari di ofis. Insyaallah aku akan terus menabur bakti di PGB kerana the uniqueness of the business chain (POD, TOD, CUF, RGT), maka aku sememangnya merasa sgt bertuah.

Oleh kerana aku sudah sgt berhempas pulas pada tahun 2011, dan walaupun aku mengetahui cabaran 2012 jauh lebih hebat, aku tetap memutuskan untuk mempunyai sedikit ruang waktu untuk diriku sendiri terutama ketika hujung minggu. Bermakna aku tidak akan melayan sebarang e-mail pertanyaan dan aku akan mengurangkan aktiviti ke ofis setiap hujung minggu. I just need time to spare for my family and friends. Kemungkinan besar juga kerana azam aku pada tahun 2012 sudah menjadi sedikit berbeza dr tahun2 sebelumnya iaitu ingin mendirikan rumahtangga. Maka, masa hujung minggu ku adalah lebih kepada usaha menghadiri pertemuan dgn si polan, si polan walaupun tidaklah selalu. Sekurang-kurangnya aku boleh berehat dgn baik dan tidak terlalu memikirkan tentang kerja, kerana kerja takkan mungkin selesai. Dan oleh kerana aku sudah mempunyai eksekutif di bawah Financial Accounting Unit, maka aku tidaklah terlalu gusar tentang tahap kesibukan aku yang terlampau pada 2011.

Cinta

Sepanjang tahun 2011, hidupku tak terlalu banyak berubah, aku masih single trang tang tang sejak perpisahan menyakitkan pada 2009. Aku masih memilih untuk menyendiri sehingga sekarang. Bukan lah aku tidak mahu membina hidup baru, sgt ingin! Tapi aku sering berkata pada diri sendiri, “mampukah aku bertahan dgn si polan bila aku mula menyukai seseorang?” aku perasan tentang diriku, aku punya ramai kenalan lelaki, tak ku nafikan ada yang mendekati dan ingin mendekati, tetapi samada aku sendiri telah mendirikan tembok antara aku dan sidia atau pun aku akan mula menyukai si polan itu, tapi perasaan aku akan bertahan selama 2 bulan shj kerana selepas itu aku akan mula bosan dan aku sendiri mengundur dan mendiamkan diri sehingga si polan putus asa. Aku rs tempoh waktu paling aku bertahan menyukai seseorang ialah 2 ½ bulan shj! That’s it! Aku menyedari sejak perpisahan dahulu, aku terlalu sukar jatuh hati atau stick to one man for long term relationship. I am just silently refused!

Sekiranya kalau aku ingin jatuh hati sekali lagi, sememangnya lelaki itu harus mempunyai WOW factor yang akan membuatkan aku terus jatuh cinta pandang pertama ataupun sekiranya komunikasi antara kami berlangsung dgn konsisten dan baik selama lebih dr 3 bulan or one quarter. Cuma setakat ini aku masih belum berjaya mempertahankannya. Demi Allah, aku ingin merasai nya kembali, but I guess it will be a very slow progress for me to accept. Nmpknya perpisahan dl benar2 merenggut perasaan cinta pada lelaki dan menyebabkan aku fobia akan cinta. Apatah lagi jika yang mendekati aku is a sweet talker. Rules of thumb: Sweet talker is a bad guy! I won’t use it to all guys, but most them are truly crap as I met with this kind of person so frequently. Alhamdulillah, aku masih ada kesedaran dan tidak cepat melatah jika di saluti dengan kata2 manis seorang lelaki. Aku percaya rancangan Allah adalah sebaik2 perancangan. Mungkin aku tak ditakdirkan bercinta sebelum berkahwin kerana aku telah melalui kepahitan yang bukan sedikit. Mungkin yang terbaik adalah percintaan selepas berkahwin kerana aku mungkin akan lebih menjadi malu dan tersipu tatkala memandangkan suami sendiri, bak pertama kali bertemu. Indahnya! Tetapi, sekurang-kurangnya aku telah menetapkan target untuk berkahwin pada tahun 2012. Walaupun tak ketahui samada aku mampu mencapai nya atau tidak, sekurang-kurangnya aku telah memulakan usaha dengan menerima pelawaan kawan2/adik beradik/family untuk dikenalkan kepada si polan, si polan, etc or i am meeting guy. It sound’s like I have so many options, but trust me, it is even harder to fall in love. I won’t make the 2nd move, no way! I don’t like man without effort as I couldn’t see whether he is determined to go over me or not. Maka aku serahkan segalanya kepada Allah, DIA lah sebaik2 pelindung. Aku juga cuba meluaskan pandangan dan horizon hatiku dengan member peluang lelaki mendekati dan mengenali aku. Maybe it looks easy, but it is not cheap at all! Aku masih berharap aku masih menjaga batas2 akhlak, perlakuan dan pakaian ku. Tapi sekiranya ada lelaki yang baru berjumpa dah gatal2 keladi, asyik nak bergesel, sengaja berlaga2 bahu, tangan dan sebagainya, sorry u just wasting my time and your time too. I am not interested!

Oklah, aku akan mengupdate lagi. Selepas ini, tentang percutian, rakan2, keluarga dan hobi..till now..bye…zasssssssssssss

Sesungguhnya yang baik itu dtg dr Allah SWT dan yang buruk dtg nya dr kejahilan diriku.

Wallahu’alam…………….

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space