Monday, January 26, 2009

Fenomena Langit - January 2009

Guys...i would like to share something interesting about Gerhana Matahari. I believe sekarang ni everybody talking about this phenomena yang mmg sgt jarang berlaku di dunia. I got this article from one of my friend yang merupakan peminat Falak. to get more details, u may want to visit this website for further info:
http://www.falak-online.net/


Below is the article for info sharing. Happy reading!
Fenomena Langit - Januari

Kalendar Samawi = Bulan Januari 2009 akan menyajikan kepada kita beberapa fenomena yang menarik untuk dicerap serta dijadikan sebagai target fotografi.

Pada sekitar awal bulan Januari ini, jika anda telah selesai solat Subuh dan bersiap-siap untuk ke destinasi, cuba tinjau dan jenguk langit pada jam 6 pagi. Pandang tepat tegak di atas kepala. Di situ, akan kelihatan sebuah 'bintang' yang agak cerah. Objek tersebut bukanlah bintang, tetapi ia sebenarnya planet Zuhal.Dan jika anda mempunyai teleskop, cuba lihat ke arah planet tersebut. Pasti anda akan terkejut melihat gelangnya kelihatan amat nipis, seolah-olah seperti satu garisan sahaja. Ini disebabkan satah orbit Bumi sedang melintasi satah sistem gelang planet Zuhal, lalu menyebabkan kita melihatnya dari arah 'tepi'. Ini merupakan bukti fizikal yang jelas yang menunjukkan betapa nipisnya gelang tersebut sebenar-benarnya.Pada 15 dan 16 hb, Bulan akan berada agak hampir dengan Zuhal.

Jadi gunakanlah juga peluang itu untuk menjejaki planet ke-6 itu.Di ufuk timur sepanjang bulan Januari agak kosong dari sebarang planet. Namun perhatikan kehadiran kembali buruj Scorpio yang telah mula terbit kembali menerjah langit di sebelah Timur.Sementara itu, jika anda tinjau langit selepas Maghrib, sekitar jam 8 malam, planet Zuhrah (atau Kejora) terus menerus mendominasi keadaan langit pada waktu ini. Kecerahannya yang menjangkau magnitud -4.5, memboleh ia menghasilkan bayang-bayang jika dicerap dari kawasan yang gelap gelita. Terus perhatikan Zuhrah menerusi teleskop dan anda akan dapat lihat perubahan fasanya seperti fasa bulan.Zuhrah akan mengekalkan altitud yang lebih kurang sama sepanjang bulan Januari ini.Musytari sudah mula menghilang dari pandangan di ufuk barat, dan agak mustahil untuk dicerap dengan selesa sepanjang bulan ini.Utarid turut menjenguk di ufuk Barat selepas Maghrib, dan berada berhampiran Musytari.

Tetapi ia agak rendah untuk dilihat dengan mudah. Anda kena cuba jejakinya dari kawasan pantai yang mana ufuknya luas dan tidak terganggu.Apa cerita Marikh? Ia berada amat jauh dari Bumi untuk bersinar terang seperti setahun yang lalu. Kedudukannya yang agak hampir dengan matahari turut menyukarkan proses pencerapan. Bulan ini tidak sesuai untuk jejaki Marikh.Bulan akan sekali lagi berada di kedudukan perigee pada 10 Jan. Jika anda terlepas peluang untuk mengambil foto Bulan ketika ia perigee pada bulan lepas, pastikan anda gunakan peluang yang ada kali ini.Pada 26 Jan pula akan berlaku Gerhana Matahari Annular yang akan berlaku merentasi selatan Sumatera. Kita di Malaysia hanya akan dapat lihat Gerhana Matahari Separa sahaja. Namun ia cukup menarik dan merupakan previu kepada mereka yang akan ke China pada bulan Julai nanti.

Di Malaysia, perkiraan dari Kuala Lumpur akan menyaksikan Matahari akan tertutup sebanyak 72% pada jam 5.50 petang. Keseleruhan fasa gerhana bermula dari jam 4.31 hingga 6.58 petang.Jelas, pembukaan tahun 2009 ini penuh dengan fenomena-fenomena menarik untuk dicerap. Oleh itu teruskan mengunjungi Falak Online, manalah tahu ada ahli-ahli yang akan menganjurkan aktiviti cerapan bersama kelak.




0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space