Saturday, December 13, 2008

moga Rohmu tenang di sana ayid…

This is a true story that was happened in 2006. I cut paste this from my previous blog because i still want to keep it as one of my unforgettable memory..AL-Fatihah Buat arwah Ahmad Shahid.



Tanggal 10/10/2006,hari selasa bersamaan 17 Ramadhan 1427h(Nuzul Quran), tepat pukul 10.15 pagi, aku kehilangan seorang yang aku kira amat bermakna dalam hidup aku…Ahmad Shahid…ya, nama itu tak mungkin lekang dr pkran aku wat selamanya…seseorang yang aku penah rapat ketika dulu…n juga die penah aku tinggalkan…mungkin lebih kerana die tidak memenuhi ciri-ciri idaman aku.

namun nama dan diri aku tak penah lekang dr dirinya sejak 6 tahun lalu…iya, 6 tahun…aku kira sungguh lama jangka waktu utk seorang lelaki menunggu wanitanya menerima semula dirinya walaupun tak ketahuan akan berhasil atau tidak…kenyataannya setelah hampir 4 tahun tak kedengaran lagi khabar beritanya (lost contact), ditakdirkan tuhan kami berhubung semula sejak 2 bulan yang lepas dan dia masih tak jemu menanti aku, menyayangi aku,mengharapkan aku. namun hati aku tegar utk menerima dirinya semula kerana hati aku telah terpaut pada orang lain…..iya, ku kira agak mendalam sayang aku pada dat guy sampai aku takleh nak terima org lain lagi even die penah lukakan dan siat2 hati aku…

arwah datang semula kepada aku dengan membawa perubahan yang sangat ketara pada diri dia..ya, perubahan yang positif, menjadi manusia yang semakin berguna dan lebih menyayangi kehidupannya sendiri dan aku amat bangga dan kagum dengan perubahannya. apa yang membuat aku terharu kerana dia banyak berubah kerana kata-kata ku dahulu padanya, ceramah2 free aku pada dia, n mungkin dia realize aku tinggalkan dia dahulu kerana kedegilannya untuk berubah dan lemahnya hati dia untuk melihat petunjuk tuhan…namun alhamdulillah, aku tetap bersyukur kerana die sempat berubah dan sekaligus membuat aku kagum pada dirinya walaupun cuma 2 bulan berhubung kembali…..

namun aku masih berasa bersalah terhadap dirinya kerana keegoan dan keras hatinya aku untuk memberi peluang kepadanya. kiranya aku tahu begini, sudah tentu aku akan membuatnya bahagia walaupun seketika, walaupun hati aku tidak pada dia. mengapa aku begitu bongkak dengan diriku sendiri? dia tidak pernah menyakitkan hatiku, dia tidak penah sekalipun berkasar denganku, sabar dengan karenah aku malahan melayan aku dengan begitu baik walaupun mungkin dia tak melakukan begitu kepada org lain… tapi aku avoid die, aku ignore die, panggilannya tidak ku jawab, smsnya tidak ku balas…apatah lagi 2 minggu sebelum pemergiannya ke Rahmatullah, aku tidak melayan langsung sms nya membuatkan aku kini berasa sangat terkilan kerana aku kira dia pasti terasa menyebabkan dia tidak menelefon ku seperti biasa dan aku sendiri tidak ambil pusing langsung samada dia ingin menghubungi aku atau tidak….

patutlah dia bersungguh2 meluahkan isi hatinya pada ku 2 minggu sebelum kami tidak lagi berhubung sehingga aku menerima perkhabaran mengenai kematiannya.malahan pada pagi nyawanya di angkat ke luh mahfuz, aku bermimpi dia meninggalkan aku dan aku menangis dalam tidur…tiba2 aku menerima panggilan telefon mengatakan die telah pergi buat selamanya…aku amat tersentak, aku amat tergamam…aku terpk kata2 org tua, sekiranya seseorang tu amat menyayangi kita, pada waktu dia diambang sakaratulmaut, dia akan menghantar sign atau mimpi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada org yang disayanginya dan kini aku begitu mengerti betapa sayangnya dia padaku.

ayid,bahagialah dikau di sana…tuhan lebih menyayangi nyawamu…aku akan sentiasa berdoa agar rohmu dilindungi dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman……..ku maafkan segala kesalahanmu padaku dan ku berharap kau pun begitu…mungkin inilah kesudahan yang terbaik untuk kita, untuk dirimu melepaskan diriku andai kira aku tak menerima dirimu…buat yang masih hidup, hargailah perasaan orang yang menyayangi anda. walaupun mungkin dirimu tiada perasaan terhadapnya, cubalah bahagiakan dirinya kerana mungkin ia hanya untuk seketika.
buat seseorang yang ku sayangi itu, (ku kira dia sendiri tahu siapa orangnya sekiranya dia membaca bait2 ayat aku ini), kiranya benar kau masih menyayangiku seperti yang telah kau lafazkan, hargailah perasaan aku ini terhadapmu. betapa setianya aku padamu walaupun bermacam gelora dan dugaan yang telah melanda antara kita, ku harap kau mengerti. kita masing2 mempunyai kenangan yang berbeza bersama arwah, maka pahatkan kenangan itu dalam memori kita bersama… satu ku pinta, ku harap kau mengerti kiranya aku kini memahat nama arwah di satu sudut jauh dilubuk hatiku sebagai tanda ingatan dan penghargaan ku padanya………

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space