Friday, July 31, 2009

kau sahabatku, kau teman sejati........

Bismillahirrahmanirrahim........

sekali lagi ku kehilangan seseorang yang ku kira sungguh bermakna dlm hidupku. jangka waktu persahabatan yang menjangkau 6 tahun bukannya sekejap. malah ukhuwah itu terlalu rapat dan manis utk di kenang. Ira! bahagialah engkau di sana wahai temanku. kau racun, kau juga penawar. kau inspirasiku, kau juga Pelindungku di saat2 aku jatuh, disaat2 aku terluka, di saat2 aku kehilangan, juga di saat2 aku memerlukan. kasih sayang dan perhatian Ira dan abg long berikan pada Ima terlalu bererti buat Ima.

Saat ini, Ima sangat rindukan Ira. Ira tahu x, abg long tak tidur semalaman melihat saat jasad Ira di bawa ke liang lahad? di kambus ke perut bumi. Ima takkan mampu menghadapi dan melihat saat2 itu Ira. Ima tak sekuat yang Ira sangkakan. Ini semua terlalu awal utk kita melihat pengakhirannya Ira. tapi Ima redha. redha dengan qada' dan qadar. pasrah akan ujian tuhan terhadap hamba2NYA sekaligus menginsafkan Ima akan ketentuan dan peringatan Allah bahawa ajal itu menjemput hamba2NYA tak kira masa. walaupun kita menantikan waktu2 terindah dlm hidup kita, tapi sekiranya Allah lebih menyayangi diri ini, pasti DIA akan menjemput diri kita menikmati masa2 yang terindah bersamaNYA. maka bahagialah mereka yang beriman dan bertaqwa kepadaNYA.

Saat ini, Ima berusaha menjadi kuat dan tabah. bukan utk diri Ima sahaja, tetapi utk semua org terutamanya abg long. Ima kira dia lah org yang paling tertekan dan bersedih atas pemergian Ira sedangkan Ira dan abg long akan mengecapi saat2 bahagia dalam ms 2 minggu lagi. Sayangku Ira, Ima akan cuba menjadi caunselor yang terbaik utk abg long saat ini, seperti yang biasa Ira lakukan pd abg long saat2 dia menghadapi depresi dan tekanan. Ima percaya, Ira takkan mahu melihat dia kesedihan dan murung sepanjang masa.

Iraku sayang, Ima akan berusaha menjadi lebih tabah selepas ini. Macam yang Ira katakan dulu, Ima semakin matang, Ima semakin gagah mengharungi sepak terajang hidup, Ima semakin yakin dan positif dengan hidup dan Ima akan sentiasa menjadi wanita yang lebih feminin dari sehari ke sehari. Harapan Ima, biarlah ini akan sentiasa konsisten dan berpanjangan. I will try to be a better women, and solehah too.

Ira, tak perlu dirisaukan tentang Ima lagi. Ima hidup bahagia di Kertih and i mean it! cuma Ima tak sempat berkongsi saat2 manis dan pengalaman Ima selama 2 bulan Ima sudah menjalani hidup di kertih. belum sempat Ima ceritakan pada Ira yang Ima dah bertemu seseorang di kertih. seorang lelaki yang sgt baik. seseorang yang mempunyai ciri2 seperti yang Ira katakan pada Ima dl yang sebenarnya compatible utk Ima. Dia baik, soft spoken, berakhlak, cool, asas agama yang kuat, keluarga yang sederhana, punyai banyak persamaan interest dengan Ima dan yang plg penting, deep inside my heart, i like him because the way he is. Tp die belum mengetahui isi hatiku Ira ku sayang. Ima belum bersedia dan kuat utk menyatakan isi hati Ima pd dia. tp Ima dah beri hint pd nya. tp tak pasti lah samada dia faham atau tidak Iraku sayang. jangan risau sahabatku, Ima akan hidup dengan lebih baik di kertih. Ima dah buang dan tinggalkan segala kenangan pahit di KL yang tak mungkin Ima pungut semula. harapan Ima, semoga jodoh Ima adalah lelaki itu dan itulah doa Ima saban hari. Cuma Ima terkilan kerna Ima belum sempat berkongsi tentangnya pada Ira lantaran Ima sendiri belum cukup kuat utk menyatakan Ima mula menyukai seseorang setelah Ima tutup pintu hati Ima buat sekian lama.

Sahabatku, damai lah engkau di sana. Ima takkan melupakan Ira. Semoga Ira berada di kalangan hamba2NYA yang beriman dan bertaqwa. terima kasih kerana sudi menjadi rakan Ima, menjadi sahabat dan teman Ima. Iraku sayang, Ima sangat bertuah mengenali Ira kerana menjadi teman susah dan senang. memberi dorongan dan galakan yang tak putus2. Ima sayang Ira.

Al-Fatihah buat Khairani........

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati






0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space