Monday, June 22, 2009

Kembara Ke Tanah Suci Part 2

3rd day kami ke Makkah. Sedih rsnyer hati, tp semoga Allah beri aku keizinan dan rezeki utk kembali kesana dan menjadi tetamuNYA sekali lagi. Kami singgah di Bir Ali utk miqat umrah. Dan kami teruskan perjalanan ke makkah. Kami sampai disana, mase tu dah masuk waktu asar. Di sebabkan kami dh jamak di R&R, so kami naik ke hotel, check-in, berehat sekejap then terus menunaikan umrah. Jarak hotel di Makkah pon dlm 80 metre from masjidilharam. Alhamdulillah. Sampai di depan masjidilharam, lidah kelu tak terkata. No words can express my feeling at that time and buat kesekian kalinya, tak tau bile, air mata dh deras mengalir. Bertambah2 deras bila dah masuk masjidilharam, nmpk pulak kaabah. Tak tergambar dgn kata2. Dgn bantuan mutawwif, kami memulakan umrah dgn pusingan tawaf di keliling kaabah sebanyak 7x. kemudian sai’e, tahalul dan tertib. Alhamdulillah, dgn tunjuk ajar dia, kami dapat menyempurnakan umrah kali pertama itu dan me and my frens managed to get 7x of umrah sepanjang kami di sana which is bersamaan dgn satu haji kecil. What I foreseen, ibadah paling challenging adalah sai’e which is berjalan 7x kali dr safa ke marwah dan betul2 menginsafkan macammane siti hajar boleh berlari2 anak sebanyak 7x dalam jarak yang agak jauh gak. Itulah yang paling memenatkan tp paling byk mengajar erti kesabaran dan keinsafan. Alhamdulillah, Subhanallah. bukan utk menunjuk, tp ini nak menegaskan betapa pentingya kesihatan dan tenaga yang kuat pd usia muda kalo pergi masa muda. Kita dpt buat seberapa byk yang boleh, dengan khusyuk, tawaduk dan able utk stay up seberapa lama yang boleh. Alhamdulillah, aku managed khatam quran disana! Unbeliveable. Alhamdullilah, Allahuakbar! Begitu byk kesempatan, peluang dan masa yang Allah beri pd aku di sana. Utk memaximisekan masa yang ada utk berdamping denganNYA. Disini juga byk pengajaran dan pengalaman yang aku kutip sepanjang di Makkah. Sebab itulah kita disuruh mengawal dan menjaga perlakuan, tuturkata dan segala2nya semasa di sana. Otherwise, u’ll get ‘cash’ return at there and that what was happened to me and my friends. Bukan sekali, tp 2kali. Bukan kerana tak menjaga tuturkata atau be bad mouth, tp kuasa Allah nak menunjukkan apa yang DIA mampu buat dan berikan pada hambaNYA straight away or immediately. 1st ‘cash’ return yang aku received at that time was berkaitan hanay satu perkataan, “explore”.

One fine day, after solat asar, me and my friends were decided to find best port utk di jadikan pangkalan solat kitorg utk hari2 yang seterusnya. Kitorg nak cari kawasan solat yang menghadap Hijr ismail di tingkat 1 at that time. So my fren was asking, “kite nak g mane ni?” and I was answering, “ kite nak g EXPLORE masjidilharam ni.” After few mintues, Alhamdulillah kami jumpe gak port yang best dan menghadap hampir ke Hijr ismail dan kami terus iktikaf hingga isyak. Nak dijadikan cerita, pas solat tu utk kembali ke hotel, kitorg gatal ikut jalan keluar yang kami tak pernah lalui. Maka berlaku la ‘ganjaran’ Allah pada kami. Memang kami betul2 explore kawasan luar masjidilharam tu hingga ke kawasan construction masjid. Mase tu we were like few km jauhnyer dr our hotel. Cemas tu tak yah crite la because kami dh sesat. Tetibe teringat perkataan ‘explore’ yang aku guna td. Mmg betul kata org, kite akan dpt immediate result on anything that we wished for. Tapi Alhamdulillah, berkat dr sesat tu, kami dh tau long cut and short cut to our hotel. Byk yang dpt kami tgk dan explore di sekitar masjidilharam esp di kawasan luar. Macam tawaf gakla…hehehe. Akhirnya kami jumpe jalan masuk ke bukit marwah (utk sai’e) dan kami cam jalan tu. The arabic guard was helping on showing us jalan ke babul King Abdul Aziz, the main entrance, which is pintu yang selalu kami ikut. Alhamdulillah, berjaya juga kami pulang. Di sebalik pengajaran tu, terselit jugak hikmah dan pengalaman. Subhanallah!

2nd cash return was happened ms hari ke-2 terakhir kami di Makkah. Before that, few days b4 that, memang aku dh sebut yang aku teringin nak naik public transport selain van dan teksi (coz dh pernah naik), so kami leh dpt pengalaman naik bus kat sane. Mane tau one day nak dtg sane sdiri2 kan. Nak dijadikan cerita, kami ditinggalkan oleh mutawwif kitorg coz lambat sgt. Jadi Allah pun mengabulkan doa aku yang teringin nak naiki bus utk miqat. Alhamdulillah, we were arrived safely and our mutawwif pon tegezut tgk kitorg sampai cepat. Mau tak nyer, pepaham jela org arab speeding. Saudi Boleh! Huh! So itulah pengalaman dan ‘hadiah’ dr DIA yang berguna utk kami utk di jadikan kenang2an balik ke malaysia. Alhamdulillah, kami dpt mengerjakan umrah2 dengan sempurna, very smooth dan tiada bende2 pelik yang berlaku pd kami. Tp tula, ade org kate, sebenarnyer bile kite dpt experience dan jumpe bende2 pelik tu, sbnrnyer lagi berguna utk kite kutip dan lebih kuat iman kita pada NYA. Tp insyaallah, tanpe pengalaman pelik tu pon, insyaallah aku masih berpegang teguh pada agama dan iman yang kuat (nak kata sempurna, tidakla. Aku masih manusia yang sgt lemah, yang masih inginkan dan perlukan hiburan dan keseronokan juga, janji tak melampaui batas). Yang bestnyer, aku dan kwn2 dpt buat 7x kali umrah, aku dapat khatam quran and dpt perform solat jenazah whereby I never performed the solah in KL. Satu pengalaman yang menakjubkan esp bile aku tgk on the last day we were there, ade lebih dr 12 jenazah disolatkan selepas solat subuh. Maha Suci Allah! Betapa ramai yang meninggal di tanah haram, tanah suci yang mana Allah memelihara hamba2NYA. Setiap kali waktu solat, pasti ada jenazah. Pengalaman buat tawaf sunat, berada dan berdoa lama didepan multazam, hijr ismail, makam ibrahim membuatkan aku benar2 insaf dan terpana dengan ‘kemudahan’ yang Allah berikan pada aku. Aku Cuma berharap agar doa2 yang dikirim malahan doa aku sdiri akan dimakbulkan, regardless cepat atau lambat. Satu shj yang tak dpt aku perolehi, kucup hajarul aswad. Insyaallah, jika ada rezeki ku kesana, aku akan berdoa semoga akau dpt mengucupnya.

Antara tempat2 bersejarah yang kami lawati di makkah ialah Jabal Nur, Jabal Thur, muzdalifah, mina, jabal rahmahl, hudaibiyah dan muzium kaabah. Setiap lawatan kami meninggalkan kenangan dan pengalaman yang menarik dan menginsafkan bg kami semua. Banyak jugak nak crite ni. Lenguh jugak. So kalo nak rs ape yang kitorg rs, mula la menanamkan impian dan berusaha utk sampai ke sana k! Allah itu maha penyayang, insyaallah adela rezeki u all after this. Kami bertolak balik pada 4/5/09 dan arrived at KLIA pada 5/05/09 around 5pm gtu, memang menangis sakan jugak la mengenangkan masjidilharam semakin jauh dr pandangan mata, maka at the same time juga la aku menanamkan azam utk ke sana semula. Mungkin bersama suami aku, who knows? Hehehe…tp so far, belum bertemu lagi seseorang tu. Insyaallah ada lah rezeki tu nnt. Janji Allah pada hamba2NYA yang berusaha.

-Amin…Wassalam-

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space